Sunday, February 28, 2010

Keperluan kalori untuk wanita hamil

Sumberi foto
Teks: Masayu Ahmad

Wanita hamil kadangkala mudah terpengaruh dengan makan untuk dua orang, sama sekali ianya adalah pandangan sekadar mengikut kamahuan emosi.

Apa yang sepatutnya ialah, sepanjang tempoh kehamilan wanita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan zat yang secukupnya. Bayi yang mendapat sumber zat yang baik dan seimbang mengalami tumbesaran yang diperlukan sehingga bersedia untuk lahir mengikut tempoh.

Sekiranya wanita hamil mengalami kesulitan menjaga berat badan sama ada turun atau naik secara mendadak, boleh merancang diet sihat dengan bantuan pakar atau doktor.

Berikut adalah saranan kalori untuk wanita.
• Seorang wanita yang tidak hamil memerlukan sekitar 2.100 kalori per hari.

• Seorang wanita hamil memerlukan sekitar 2500 kalori per hari.

• Seorang wanita menyusu memerlukan lebih kurang 3000 kalori per hari.

1 comment:

Alin said...

perkongsian yg sgt berguna...thanks.