Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/6produkkosmetikdikesanmengandungiracunberjadual/Article
20 April 2011
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.
"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).
"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.
Eisah berkata, dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA
Showing posts with label Kosmetik. Show all posts
Showing posts with label Kosmetik. Show all posts
Tuesday, April 26, 2011
Panduan penggunaan produk kosmetik
Teks: Masayu Ahmad
Produk berasakan organic adalah salah satu produk yang selamat agar memberi kesan lebih selamat untuk jangka masa panjang. Banyak lambakan produk di pasaran yang memperkenalkan pelbagai produk kosmetik berasakan teknologi moden untuk menyelesaikan masalah kulit bermasalah, melambatkan penuaan dan juga memutihkan kulit. Panduan berikut membantu untuk memilih dan membeli produk agar tidak member kesan kesihatan kepada pemakai.
Kandungan berbahaya
Sesetengah produk mengandungi bahan yang berbahaya yang tidak dibenarkan oleh pihak yang mengawalnya contohnya di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahan seperti hidrokuinon adalah contoh bahan yang dimasukkan di dalam produk untuk mempercepatkan kesan produk untuk jangka masa pendek. Tetapi ia member kesan sebaliknya seperti menyebakan kulit menjadi lebih sensitive dan rosak. Juga bahan seperti merkuri di dalam produk boleh menyebabkan kanser dan radang otak kerana zat tersebut larut di dalam peredaran darah.
Alcohol Free
Alkohol di sini merujuk kepada ethyl alcohol. Walaupun tertulis bebas alcohol. Masih lagi mengandungi alcohol jenis lain seperti lanolin alcohol, stearyl, cetearyl, cetyl dan sebagainya. Ia mempunyai kesan yang berbeza terhadap kulit contohnya boleh menyebabkan iritasi, kekeringan dan sebagainya.
Hypoallergenic cosmetic
Ia bermaksud kandungan terdapat dalam losyen pemutih kulit yang tidak member kesan alergi atau kesan sampingan yang lain. Namun tiada prosedur yang standard yang boleh memastikan sesuatu produk tidak menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.
Penyimpanan selamat
Produk kosmetik sebagaimana juga seperti ubatan mempunyai kaedah penyimpanan yang sesuai pada suhu yang dibenarkan. Contohnya tidak menyimpan di tempat terlalu sejuk, atau tempat yang panas, atau dalam kenderaan yang mempunyai pengaruh suhu apabila kosmetik di simpan di dalam kenderaan. Ia boleh member eksan jangka masa panjang apabila berlaku perubahan pada produk yang kemudiannya disapu pada permukaan kulit atau wajah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
