Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Untuk sihat sepanjang hayat, terdapat empat perkara berikut iaitu, melakukan aktivii fizikal dengan kata lain mengeluarkan peluh, kedua makan secara sihat iaitu mengikut saranan piramid makanan Malaysia, bijak menangani tekanan dan tidak merokok.
Konsisten melakukan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal adalah pergerakan anggota badan dan ia menggunakan tenaga. Aktiviti ini mampu memberi kesihatan dengan adanya pengeluaran toksin melalui peluh. Ia adalah asas untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. Juga mampu memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.
Selain itu aktiviti ini mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang disebabkan gaya hidup yang semakin kompleks dan pemakanan kurang sihat.
Penyakit berisiko
- Osteoporosis
-Jantung koronari
-Darah tinggi
-Diabetes
-Strok atau angin ahmar
-Obesiti atau kegemukan
-Penyakit sendi atai arthritis
Manfaat kecergasan fizikal
1. Membina daya ketahanan otot dan kardiovaskular
Contoh aktiviti ialah seperti aerobik, berenang, bersuukan, berbasikal, berjalan laju dan sebagainya.
Ia menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.
Manfaat utama membantu sistem tubuh badan seperti jantung, paru-paru, melancarkan perjalanan aliran darah.
2. Membina kekuatan dan daya tahan otot
Membantu tulang dan otot kekal kuat
Memperbaiki postur badan
Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis contoh aktiviti, menaiki tangga, mengangkat dan membawa barang-barang, senaman tekan tubi dan senaman bangun tubi
3. Membina kelenturan (fleksibiliti)
Membantu pergerakan badan
Merehatkan otot-otot
Memudahkan pergerakan sendi
Contoh senaman regangan, mencuci lantai, dan yoga.
Sumber: Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia
Showing posts with label Senaman. Show all posts
Showing posts with label Senaman. Show all posts
Friday, May 13, 2011
Tuesday, May 26, 2009
Tip kekalkan azam untuk konsisten bersenam

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.kayakpro.com
Setiap kali anda menanam semangat untuk mengekalkan gaya hidup sihat, banyak kali juga anda kecundang di pertengahan jalan. Faktor-faktor persekitaran banyak mendorong anda untuk kekal semula dengan gaya hidup tidak sihat. Senarai tip berikut membantu anda.
Tetapkan matlamat
Perancangan dan catatan pada kalender. Pada bulan Mei 2009 berapa kali dalam seminggu kekerapan anda bersenam. Tidak langsung, sekali seminggu, tiga kali seminggu atau setiap hari. Untuk bulan Jun 2009, anda boleh mencuba kekal konsisten untuk tiga kali seminggu.
Pilih senaman kegemaran
Lelaki mahupun wanita tidak boleh memberi alasan demi alasan yang mengatakan anda terlalu sibuk untuk meluangkan masa untuk bersenam. Setiap orang hanya mempunyai 24 jam sahaja sehari, maka anda perlu membuat azam untuk mencuri masa 30 minit sehari untuk aktiviti mengeluarkan peluh. Aerobik, jogging, badminton, bola sepak, menari adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh anda cuba.
Cari teman
Melakukan aktiviti senaman dalam kumpulan adalah lebih menyeronokkan. Ajak teman rapat, kawan pejabat, adik beradik atau jiran sebelah rumah untuk melakukan senaman bersama anda. Sudah tentunya anda lebih bersemangat dan menyeronokkan.
Mengekalkan berat dan menurunkan berat badan.
Sasaran ini tetap juga sama, senaman adalah adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Kebiasaannya selepas bersenam selera makan akan bertambah dan ia satu bonus bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Bagi yang ingin menurunkan berat badan pula perlu meningkatkan intensiti senaman untuk membakar lebih banyak kalori dalam badan. Pada masa yang sama perlu mengambil makanan seimbang mengikut keperluan kalori tubuh.
Cergas seharian
Kekal aktif setiap hari juga salah satu usaha anda untuk mencapai matlamat kecergasan dan tubuh yang fit. Apabila anda membuka mata pada pagi hari, mulakan rengangan ringan. Pilih naik tangga daripada menggunakan lift. Jarakkan memarkir kereta daripda pejabat, anda berpeluang berjalan kaki jauh sedikit. Pilih untuk membasuh kereta berbanding basuh di kedai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
