Saturday, August 4, 2012

Sembuh dengan Air Zam-Zam


Kisah seorang budang perempuan yang sembuh dari kanser

Ada seorang budak perempuan yang sedang membesar. Hidupnya sentiasa di dalam kemuliaan dan takwa. Dia telah hafal beberapa juzu' al-quran al-karim. Pada suatu hari, dia merasakan sakit, lalu dia pun memutuskan untuk berjumpa doktor. Setelah menjalani pemeriksaan, doktor kemudian menuliskan surat sokongan agar ia segera dibawa ke hospital.

Khabar dari hospital ini telah menyebabkan kedua ibu bapanya mengalami tekanan yang berat, apatah lagi ketika para doktor memberitahu bahawa anaknya sedang menderita sakit kanser. Kerana kekuatan imannya kepada Alla s.w.t, akhirnya dia mmapu lebih tegar daripad aibu bapa dan saudara-saudaranya.

Namun semia itu diserahkan kepada ketentuan Allah. Ibu bapanya telah berusaha mencarikan ubat di mana-mana agar anaknya sembuh. Mereka telah memilih hospital kerajaan. Dalam proses rawatan dia mendekatkan diri kepada Allah, bahkan ida dapat menyempurnakan hafazan al-quran dengan sempurna dalam beberapa bulan.

Setelah beberapa bulan, doktor memberitahu ibu bapanya penyakit semakin teruk dan telah merebak ke seluruh tubuh, sehingga tiada harapan lagi untuk sembuh.

Setelah budak kecil itu mengetahui bahawa kesempatan hidupnya sangat terbatas dengan keadaannya yang semakin teruk, pada suatu hari ia meminta ayahnya agar membawanya pergi ke Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah umrah. Setelah menyelesaikan ibadah umrah dan minum air zam-zam, dia melakukan solat dengan tenang dan khusyu' seraya berdoa agar Allah memberikan kesembuhan.

Selepas keluar dari Masjid Haram, dia mula merasakan semangat yang belum pernah dirasakan semasa sakit. Dari sana, dia bergegas untuk kembali ke rumah. Setelah beberapa hari, dia merasa bahawa tenaga dan kekuatan yang pernah dimilikinya dulu telah kembali. Dia memutuskan untuk berjumpa doktor dengan harapan terjadi sesuatu perubahan pada dirinya.

Walhasil, setelah menjalani pemeriksaaan dan X-ray, doktor memutuskan bahawa dia sihat dan tiada bekas penyakitnya.

Sumber: Berubat dengan Air Zam-Zam, muka surat 25


Friday, July 13, 2012

Detoks dengan berpuasa

Teks: Masayu Ahmad

Dah lama saya tidak menulis di sini, nampaknya perlu aktif. Kita mulakan dengan buku pilihan untuk entri kali ini.


Sunday, June 24, 2012

Beli Buku Online: Mengapa Rasullah Tidak Pernah Sakit

Beli Buku Online: Mengapa Rasullah Tidak Pernah Sakit: Semenanjung RM19.90 Sabah, Sarawak RM 21.90 Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa da...

Wednesday, April 18, 2012

Perlancongan kesihatan

Teks: Masayu Ahmad

Salah satu terapi apabila penat bekerja adalah dengan bercuti-cuti, atau mendapatkan tempat rehat dan rawat. Banyak sekali pilihan penginapan percutian yang menawarkan pakej spa. Banyak hotel, resort kini menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan dan kecantikan.

Saya ingin berkongsi satu destinasi Spa, jika bercuti ke Kelantan. Hanya lima minit dari zon komersial Wakaf Che Yeh, berhadapan dengan lokasi Radio Kelantan FM.

Antara rawatan yang boleh didapati di sini:

Rawatan kaki,

Rawatan badan

Tuesday, April 17, 2012

Buang racun tubuh untuk impak gaya hidup sihat

Teks: Masayu Ahmad


Detoksifikasi adalah satu cara untuk mengeluarkan racun daripada tubuh dan memulihkan semula keseimbangan dalaman tubuh.

Penyebab utama racun yang berkumpul di dalam badan ialah pengaruh mengambil makanan segera, bahan pengawet, gaya hidup stress. Keadaan ini menyebabkan sistem dalaman tubuh menyerap bahan-bahan kimia dan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat, sistem pembuangan kurang lancar, cepat stress dan mudah mengalami kenaikan berat badan.

Secara semulajadi badan sudahpun mennyahkan bahan-bahan beracun melalui sistem pembuangan. Namun sesetengah makanan yang mempunyai bahan kimia dan bahan pengawet akan menyerap masuk ke dalam tubuh dan sukar dikeluarkan.

Mengeluarkan racun tubuh perlu dilakukan secara konsisten sepanjang hayat sama ada melalui pemakanan seimbang, berolahraga dan mengamalalkan gaya hidup sihat.

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membuang racun. Antaranya ialah berpuasa, terapi meminum air, mengambil jus buah segar, mengeluarkan peluh melalui aktiviti bersukan.

Melalui detoks mampu memulihkan semula metabolisme badan yang terganggu. Antara manfaat lain mampu memulihkan stres, memberi impak tidur lena, kulit lebih segar dan sihat, meningkatkan sistem imun tubuh dan meningkatkan sisem imuniti badan.

Semua orang boleh sahaja melakukan detoks kecuali wanita mengandung, menderita penyakit kronik, sedang mengikuti rawatan perubatan dan juga wanita menyusukan anak. Program detoks boleh dilakukan tiga hari berturut-turut atau sehingga tujuh hari. Antara kaedah popular untuk membuang racun badan melalui urutan refleksologi dan bekam.

Wednesday, August 10, 2011

Asas persediaan bekerja dari rumah ;D

"Perancangan untuk bekerja di rumah memang telah saya lakukan sewaktu sebelum berumahtangga lagi. Alhamdulillah, pilihan itu sangat tepat, saya kini sangat gembira membesarkan anak-anak dan dalam waktu yang sama, mempunyai punca pendapatan yang lumayan dengan hanya berniaga dari rumah.” Siti Noorhafezah Maarop, www.MyPermataHati.com




Sudahkah anda membuat persediaan bekerja dari rumah. Tidak kira sepenuh masa atau secara sambilan. Jika mahu sepenuh masa, ia perlu bermula dari sekarang. Dapatkan ebook http://www.janawangdirumah.com/ sebagai informasi awal persediaan bekerja dari rumah.

Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-

Bab 1: Pendahuluan & Konsep

Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.

Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi

Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.

Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah

Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.

Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah

6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.

Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah

10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.

Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah

9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.

Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak

Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.

Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi

13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.

Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah

7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah
                                                     http://www.janawangdirumah.com/












Tuesday, August 2, 2011

Makanan pelengkap bermula 6 bulan

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Selepas dilahirkan bayi mendapatkan zat dan nutrien sepenuhnya melalui susu ibu. Menyusu selama 6 bulan pertama secara ekslusif sangat digalakkan dalam proses penerimaan bayi untuk membesar, mendapat zat, imunisasi yang lebih baik juga merapatkan hubungan kasih sayang ibu dan anak.

Fasa pertama adalah penyusuan susu ibu selama 6 bulan. Fasa seterusnya ialah bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap. Apa itu makanan pelengkap? Makanan pelengkap adalah makanan atau sumber zat lain yang diperolehi daripada kumpulan makanan piramid Malaysia. Ia adalah makanan tambahan selain bayi masih diteruskan penyusuan ekslusif sehingga 2 tahun.

Faktor pemberian makanan pelengkap
  • Susu sahaja tidak mencukupi untuk membantu proses pembesaran bayi.
  • Makanan pepejal diperkenalkan dengan memberi rasa kepada makanan, tekstur, kepekatan, nutrisi untuk pembesaran dan perkembangan bayi.
  • Risiko lewat memberi makanan pepejal melebihi 6 bulan boleh menyebabkan gangguan pertumbuhan dan anemia.


Perkembangan bayi

Usia 6 bulan dikatakan sesuai untuk memberi makanan pepejal, ini kerana otot mulut bayi dan urat saraf suda bersedia untuk menggigit makanan dan mengunyah.

Pada tahap ini juga, sistem penghadaman bayi sudah matang dan bersedia untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Susu ibu masih diteruskan untuk  menampung keperluan pemakanan bayi. Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.



Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.

Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral