Tuesday, July 28, 2009

Tanda kehamilan



Teks: Masayu Ahmad


Muntah-muntah

Tidak datang haid

Perubahan emosi

Loya

Perubahan deria rasa dan bau

Ujian air kencing

Dapatkan pemeriksaan pakar

Persediaan untu fasa seterusnya bermula

Friday, July 24, 2009

Seminar kecantikan- peluang tambah pendapatan.

Seminar kecantikan

Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan Beauty4u mengajurkan
Seminar ‘Pratikal Kecantikan & BeautyWeb-Duit merubah segalanya’

1hb Ogos (Hotel Holiday Calton S.alam) 2pm-6pm,

8hb Ogos (Hotel Regency KL) 2pm-6pm.

Bayaran masuk berserta jamuan petang cuma RM60.
Saksikan demo facial, solekan, pelbagai gaya bertudung muslimah, forum peluang kerjaya dalam bidang kecantikan dan banyak lagi.

Tempat terhad dan terbuka kpd semua termasuk pelajar IPA/IPTS. Untuk tempahan tempat hubungi segera : 012-3900454

Friday, July 10, 2009

Istilah untuk wanita hamil dan bersalin



Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.bpas.org

Sebagai wanita, apabila disahkan hamil, ianya adalah satu pelengkap dalam membina keluarga bahagia. Naluri keibuaan mula mengalir, ditambah lagi skongan padu suami. Bagi yang baru berumahtangga, istilah-istilah berikut mungkin dapat membantu anda untuk penerokaan awal ke alam baru.

Alahan

Pada awal pertama kehamilan, alahan adalah situasi wanita yang kepenatan, emosi yang mudah terganggu dan deria rasa dan makan mula terganggu. Letih, lesu, tidak berselera ada kaitan dengan emosi yang berubah disebabkan oleh hormon yang mula tidak seimbang.

Alahan semakin menjadi-jadi apabila anda semakin memberi tumpuan dan minda dan menyatakan bahawa aku dalam proses mengandung, sepatutnyalah aku perlu penat. Itu sudah terang memberi isyarat kepada aktiviti fizikal agar letih, mahu berbaring sepanjang hari.


Meroyan

Bentan

Rengat

Banyak angin

Wednesday, July 8, 2009

Butik online- pilihan Nazira Noran

Teks: Masayu Ahmad
Foto; Koleksi Nazira Noran

www.nazira.biz




Pilihan tudung di nazira.biz



Nota: Teks akan di up date dari masa ke semasa. Harap bersabar.

Wednesday, July 1, 2009

Usahawan kecantikan peluang untuk diceburi



Lokasi : Beauty4U Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan, Seksyen 9 Shah Alam.

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Zaidah Sikun


Beauty4U, Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan di Shah Alam menawarkan bimbingan kerjaya sambilan dan sepenuh masa. Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudah mempunyai pengalaman dan juga tidak. Usahawan kecantikan, juru solek, agen produk kecantikan, salun di ruman, salun bergerak dan stokis produk.

Kursus-kursus kecantikan dikelolakan oleh jurulatih bertauliah dari Mara yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dengan pengalaman lebih 20 tahun sebagai jurulatih dalam bidang kecantikan

Peserta-peserta turut diberi pendedahan ilmu, pengetahuan kecantikan, kesihatan dalaman, penampilan diri dan peluang menjadi perintis kaedah terkini ‘Beauty-Web’ untuk menambah pendapatan melalui produk kecantikan dan kesihatan berkualiti, selamat dan halal.

Latihan dan Bimbingan usahawan kecantikan disediakan kepadasetiap peserta kursus secara berterusan. Menurut pengasas dan pemilik Beauty4U, Hafizah Abdul Latiff, antara latihan dan bimbingan yang diberikan adalah seperti berikut:

Kursus & Bengkel Kecantikan -Solekan, rawatan muka, urutan, resdung, Spa, andaman dan penggayaan tudung

Kursus & Bengkel Usahawan - Melatih usahawan baru, pengendalian aslun, kaedah urusniaga dan komunikasi

Pengurusan Acara- Taklimat, seminar, demo kecantikan dan kesihatan

Perkhidmatan Spa & Solekan- Rawatan muka, badan, lulur, sauna, urutan tradisional, solekan dan andaman

Pendaftaran Agen & Stokis Baru- Melantik, membimbing agen baru, produk kecantikan, kesihatan dan tudung

Bersambung.

Tuesday, June 23, 2009

Cegah dan kawal penyakit wanita

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH, adawiyah.koh@utusan.com.my
Petikan: Utusan Malaysia
ARKIB : 10/05/2009

PERSEDIAAN menghadapi peringkat menopaus perlu mengurangkan tekanan.

KITA sering mengungkap kasih ibu membawa ke syurga. Sentuhan ibu juga yang mengeratkan hubungan anak serta membina kesejahteraan keluarga. Bukan itu sahaja, peranan wanita yang bergelar ibu cukup besar dalam menguruskan rutin keluarga, malahan, mereka yang bekerja terpaksa menguruskan dua tugas setiap hari.

Walaupun masa mereka terhad, seorang ibu akan berusaha melaksanakan tugas di rumah dan pejabat dengan sempurna. Di sebalik wajah yang tabah dan tenang, golongan ini tidak akan lari daripada risiko serangan penyakit berbahaya.

Bahkan, peranan seorang ibu bukan sedar mendidik atau membesarkan anak tetapi dia merupakan wanita pertama yang hadir dalam hidup setiap insan. Ibu jugalah mengandungkan kita selama sembilan bulan dan kita menghuni rahimnya, sebelum kita melihat dunia. Tidak hanya itu, ibu jugalah yang bertarung nyawa, menjaga, membelai, membesarkan dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kita yang bergelar anak.

Hakikatnya, membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga memang memenatkan buat wanita moden kini. Ada kalanya tiada masa untuk memikirkan diri sendiri.

Ada juga yang mengambil berat soal kesihatan tetapi terlalu sibuk untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kandungan khasiat pada label makanan. Ada juga yang tidak pasti jika ia membekalkan pelbagai khasiat diperlukan untuk kehidupan seharian.

Kekurangan khasiat penting boleh mengakibatkan seseorang itu tidak mampu berfungsi pada tahap sewajarnya. Ia boleh menyebabkan keletihan, mudah dijangkiti penyakit dan tiada rangsangan untuk melakukan kerja seharian.

Apabila tahap tenaga semakin rendah, kita sangat mudah untuk tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan ini menganggu gaya hidup wanita.

Emosi wanita sebagai isteri, ibu dan pengurus rumah tangga mempunyai pengaruh besar kepada seisi keluarga. Masalah akan bertambah teruk jika suami dan anak tidak faham apa yang dilalui wanita sehingga ada yang mengalami tekanan dan kemurungan.

Jadi wanita berkemungkinan berasa rendah diri atau malu kerana mereka mempunyai gejala penyakit seperti gangguan hormon ketika kehamilan, menopaus dan sebagainya hingga gangguan emosi.

Sempena hari ibu yang jatuh pada hari ini, seisi keluarga perlu memahami penyakit-penyakit yang boleh menyerang seorang ibu.

Tidak hanya meraikan hari istimewa ini di tempat-tempat makan malam seperti hotel, namun sebagai suami dan anak, anda perlu memahami keperluan kesihatan ibu.

Pencegahan awal dan penjagaan berterusan kesihatan ibu amat penting untung membina kesejahteraan keluarga dan membendung kemurungan emosi golongan ini.

Dalam membicarakan penyakit serius wanita, terdapat empat peringkat umur yang harus difahami wanita.

Keempat-empat peringkat ini termasuk 18 hingga 30 tahun, 30 hingga 50 tahun, 50 hingga 70 tahun dan 70 tahun ke atas.

Masing-masing mempunyai risiko penyakit yang berbeza.

Bagi golongan ibu, terdapat enam penyakit yang sering dihidapi iaitu kanser payu dara, kanser rahim atau serviks, menopaus, serangan jantung, kehamilan dan osteoporosis.

Namun, terdapat juga penyakit puan lain yang sering dialami seperti penyakit seksual dan mata.

Kehadiran penyakit ini dalam diri wanita memberi impak terhadap emosi wanita kerana ketidakstabilan perasaan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, kanser payu dara masih menjadi penyakit umum wanita di seluruh dunia.

Menurut nisbah penyakit ini, 19 wanita daripada jumlah penduduk mempunyai risiko menghidap penyakit ini.

"Kanser payu dara ialah ketumbuhan atau tumor payu dara boleh jadi berkanser atau benigna (tumor bukan barah). Ketumbuhan mungkin disebabkan oleh fibroadenoma dan penyakit fibrosistik. Kedua-dua bengkak ini bagaimanapun hampir tidak pernah bertukar menjadi kanser," katanya pada bengkel media anjuran Weber Shandwick dengan sokongan Novartis.

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, disusuli dengan lelehan yang keluar dari puting, kadang kala mengandungi darah.

Bagi mengesan awal penyakit ini, wanita yang berumur 50 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan mamogram. Namun, wanita berumur 40 hingga 49 tahun yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan kanser ini perlu melakukan pemeriksaan mamogram awal.

"Selain mamogram, kaedah pemeriksaan payu dara sendiri (BSE) membantu wanita mengenali tubuh sendiri dan dapat mengesan keganjilan pada payu dara mereka.

Tidak dapat dinafikan masih ramai wanita malu untuk memeriksa dan berasa tidak selesa menyentuh tubuh sendiri. Jika ada benjolan, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Usah tunggu benjolan menjadi sakit kerana risiko penyakit bertambah buruk sangat tinggi," ujarnya.

Selain kanser payu dara, seorang ibu juga berisiko tinggi diserang kanser rahim atau serviks..

Menurut laporan Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan, kanser ini merupakan jumlah kanser kedua tertinggi.

Jumlah 12.9 peratus pesakit kanser wanita dengan 19.7 peratus kes daripada 10 000 penduduk.

"Pendarahan selepas mengadakan hubungan seks antara tanda penting barah kian membesar. Oleh kerana tiada tanda atau kesakitan pada peringkat awal barah pangkal rahim, ramai wanita kurang memberi perhatian pada penyakit ini. Barah pangkal rahim boleh dikesan melalui ujian lumuran pap (pap smear) yang diperkenalkan sejak 60 tahun lalu," jelas Dr. Nor Ashikin.

Sebenarnya semua wanita terdedah pada jangkitan HPV, tetapi biasanya sistem imun badan dapat menghapuskannya dalam masa satu atau dua tahun.

Namun dalam sesetengah keadaan, virus ini terus tinggal dalam badan sehingga wanita tua tanpa menyebabkan barah.

" Virus akan membiak dan mula menyebabkan barah apabila sistem imun badan lemah. Proses ini mengambil masa lama; antara lima hingga 10 tahun untuk membentuk fasa pra kanser. Dari fasa ini ia mengambil masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menjadi kanser. Ini sebabnya wanita disaran menjalani ujian lumuran pap yang boleh mengesan kehadiran sel kanser dari peringkat awal," jelasnya.

Tidak ketinggalan, seorang ibu yang meningkat usia, mereka akan melalui fasa menopaus. Kebanyakan orang ada persepsi kurang menyenangkan terhadap menopaus, terutama apabila ia dikaitkan dengan perubahan sikap dan emosi wanita.

"Hakikatnya, perubahan emosi wanita yang di ambang atau menjalani proses menopaus bukan dibuat-buat kerana semuanya berkaitan dengan perubahan hormon estrogen dan progesteron.

Menopaus adalah proses yang berlaku secara perlahan-lahan dan diiringi beberapa gejala seperti selaran kepanasan, perubahan emosi, kekeringan dan sukar tidur malam," jelasnya.

Seseorang wanita hanya dikatakan menopaus apabila haidnya terhenti selama setahun. Selepas setahun bebas haid, sebarang pendarahan vagina dianggap tidak normal dan jika ia berlaku pada anda, segera berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.

Kekurangan maklumat dan kewujudan pelbagai teori tidak tepat menyebabkan ramai orang, termasuk wanita, mempunyai persepsi negatif terhadap menopaus.

Kaedah terapi penggantian hormon (HRT) penting untuk mencegah penyakit jantung dan osteoporosis.

Namun yang lebih penting ialah kesejahteraan seseorang wanita selepas menopaus khususnya kestabilan emosi.

Sebagai persediaan, setiap wanita perlu bersedia menghadapi fasa menopaus dengan sikap terbuka dan berfikiran positif.

Selain tiga penyakit ini, Dr. Nor Ashikin memberitahu, wanita juga berisiko menghidap serangan jantung.

Sakit jantung menjadi faktor utama kematian lelaki dan wanita di seluruh dunia termasuk 22.5 peratus penyebab kematian wanita Malaysia ialah sakit jantung.

"Apabila wanita mencapai umur 50 tahun, dia mudah diserang sakit jantung. Wanita yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, merokok, kandungan kolestrol yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal berisiko menghidap menyakit ini," jelasnya.

Bagi menjaga kesihatan jantung, anda perlu mengurangkan atau menjauhi asap rokok, menjaga berat badan, bersenam sekurang-kurangnya 30 hingga 40 minit untuk lima kali seminggu, berdiet dam merawat atau kawal aras gula dalam darah (diabetes), kolestrol dan tekanan darah.

Sementara itu, perubahan hormon ketika kehamilan juga mempengaruhi kesihatan bakal ibu.

Mana tidaknya, tekanan dan kebimbangan yang dirasai boleh menganggu emosi.

Dr. Nor Ashikin berkata, persedian ibu perlu dilakukan bermula saat kehamilan hingga kelahiran.

Misalnya, bakal ibu boleh mereka mengalami masalah pedih ulu hati dan morning sickness, ia pasti menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan berpanjangan.

Tidak ketinggalan, wanita juga akan mengalami masalah penyakit ketika datang haid, kesuburan, pencegah kehamilan dan gejala jangkitan akibat seks STD.

Penyakit-penyakit ini mempengaruhi perubahan emosi wanita dan menganggu rutin harian mereka.

Pada bengkel media yang sama, Pakar Perunding Kanan Endrokrinologis, Profesor Chan Siew Pheng turut melahirkan kebimbangan tentang kurangnya kepekaan wanita tentang kesihatan tulang iaitu osteoporosis.

Peningkatan usia, pemakanan dan gaya hidup menjadi antara faktor risiko osteoporosis.

"Semakin lanjut usia seseorang, semakin tinggi risiko mendapat penyakit ini dan tulang menjadi lebih cepat rapuh jika merokok, tidak bersenam dan kurang memberi penekanan terhadap penjagaan makanan.

"Selain itu, sejarah keluarga, berat badan, minum alkohol, menopaus dan pengambilan ubat-ubatan," jelasnya.

Apabila umur meningkat, kita mengalami proses kehilangan jisim tulang dan osteoporosis lebih banyak berlaku pada wanita kerana lelaki mempunyai rangka tulang lebih besar.

Selain meminum susu khusus untuk menguatkan kalsium, wanita boleh mengambil suplemen kalsium kerana susu bukan jaminan untuk memperolehi kalsium. Selain itu, berjemur di bawah cahaya matahari, dapat memberi tambahan vitamin D terutamanya ketika matahari sedang sederhana terik dan bukannya pada awal pagi dan lewat petang.

Sebagai ibu, melakukan senaman dapat membantu mengawal osteoporosis.

Risiko bersalin rapat

Arkib: Berita Harian

Kekerapan melahirkan secara pembedahan boleh sebabkan bayi lahir tak cukup bulan

SOALAN

SAYA berusia 33 tahun dan mempunyai tiga anak. Anak sulung lahir normal, kedua dan ketiga secara pembedahan. Soalan saya, jika ingin mengandung lagi, bilakah masa yang sesuai kerana pada pembedahan kedua saya mengalami jangkitan pada bekas jahitan. Jahitan dibuka semula dan kesan jahitan baru sangat ketara di perut saya, seolah-olah ada 'ruang' pada ari-ari. Saya bimbang jika hamil lagi, kandungan memberi tekanan pada kawasan bekas jahitan.

Soalan kedua pula, jika selepas tiga kali kelahiran pembedahan, doktor selalu mencadangkan salur falopian diikat. Bagaimanakah kitaran haid selepas salur itu diikat? Apa yang saya faham, jika salur diikat, ovum tidak boleh keluar dan tidak boleh disenyawakan sperma. Namun bagaimana kitaran haid masih berlaku?

Puan Suria

JAWAPAN:

Puan Suria, sebenarnya tiada kajian perubatan yang khusus untuk jarak masa sesuai untuk kehamilan seterusnya selepas menjalani kelahiran secara pembedahan. Secara amnya, doktor akan mencadangkan untuk menunggu sehingga selepas dua tahun untuk kembali hamil.

Kajian yang ada sehingga kini adalah secara umum untuk semua wanita yang mana didapati tempoh yang dicadangkan ialah di antara setahun setengah dan dua tahun. Kebanyakan kajian perubatan mendapati bahawa jikalau kehamilan seterusnya sangat rapat, bayi lebih berisiko untuk dilahirkan pramatang dan tidak cukup berat badannya.

Tambahan, tentunya wanita memerlukan masa untuk pulih dan menggantikan zat yang hilang daripada badan selepas melahirkan anak. Khususnya, wanita yang menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi, mereka didapati akan kehilangan dua kali lebih banyak darah berbanding wanita yang bersalin secara biasa. Hakikatnya bukan saja mereka perlu pulih daripada perubahan kehamilan, tetapi juga pulih selepas menjalani pembedahan besar.

Namun begitu, jika kehamilan ketiga puan tidak lama selepas pembedahan kedua, tidak perlu khuatir kerana memang ada wanita yang mengalami keadaan sama tidak mempunyai masalah pun. Untuk wanita berusia lewat 30-an mungkin tidak dapat menunggu terlalu lama kerana mereka lebih sukar mengandung dengan peningkatan usia.

Jadi, dalam membuat perancangan mengenai masa paling sesuai untuk kehamilan seterusnya adalah berbeza daripada seseorang wanita dengan yang lain dan puan perlu berbincang dengan suami kerana selain faktor perubatan, ada perkara lain yang perlu puan pertimbangkan seperti faktor penjagaan bayi dan persediaan puan sekeluarga. Apabila sudah bersedia berjumpa dan berbincanglah dengan doktor perbidanan untuk nasihat perubatan.

Mengenai jangkitan kuman pada jahitan pembedahan yang kedua, sememangnya tidak kira apa jenisnya, pembedahan akan menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Namun begitu, masalah ini sebenarnya tidaklah kerap terjadi dan dianggarkan hanya tiga hingga lima peratus wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan mengalami jangkitan kuman pada lukanya.

Jangkitan pada luka pembedahan akan menyebabkan ia menjadi kemerah-merahan, sakit dan bengkak di kawasan sepanjang luka dan seterusnya boleh menyebabkan nanah mengalir keluar dari luka itu. Apabila luka bernanah rawatan antibiotik akan diberikan dan luka itu akan diberikan rawatan susulan. Luka pembedahan perlu dibuka semula untuk mengeluarkan semua nanah dan kawasan jangkitan perlu dibersihkan dan ini biasanya akan mengambil lebih masa untuk sembuh. Parut yang terbentuk pada luka pembedahan yang mengalami jangkitan kuman boleh menjadi lebih tebal dan lebih ketara. Pada pendapat saya inilah yang berlaku kepada puan.

Namun begitu apabila puan mengandung sekali lagi tidak perlu khuatir kandungan memberikan tekanan kepada kawasan berparut itu. Kandungan puan berada dalam rahim dan parut kulit bekas yang dulunya ada jangkitan kuman hanya di kulit perut dan kedudukannya di luar rahim. Namun begitu, seperti parut pembedahan yang lain, puan biasanya akan mengalami perubahan kepada deria rasa pada kulit seperti kebas dan perasaan ngilu tetapi ini tidak memudaratkan puan. Kesan parut yang ketara ini tidak menyebabkan puan perlu menunggu lebih lama daripada tempoh kebiasaannya sebelum kehamilan yang seterusnya.

Puan juga boleh berbincang dengan doktor perbidanan yang membuat pembedahan yang ketiga nanti untuk cuba membaiki tempat luka pembedahan berkenaan.

Mengenai salur falopian yang diikat ketika pembedahan ketiga, ia adalah kaedah perancangan kekal yang dilakukan melalui kaedah pembedahan yang mana salur falopian disekat biasanya dengan kaedah ikatan atau menggunakan alat seperti klip dan cincin. Ini menyebabkan telur tidak dapat meneruskan perjalanannya ke dalam salur falopian dan juga sperma tidak dapat bertemu dengan telur. Oleh itu persenyawaan tidak kan berlaku. Namun begitu seperti kebiasaannya setiap bulan telur yang dilepaskan dari kilang telur (ovari) akan bergerak ke dalam salur falopian dan apabila tiba di tempat ikatan pergerakannya akan berhenti di sana. Telur ini kemudian akan diserap oleh badan. Ikatan salur falopian yang dilakukan ketika pembedahan tidak mengambil masa yang lama dan ia tidak menyebabkan puan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi ketika pembedahan itu ataupun memberikan kesan terhadap proses pemulihan selepas pembedahan.

Prosedur ini didapati tidak menyebabkan perubahan ketara kepada kitaran haid bulanan dan puan akan mengalami pendarahan haid seperti kebiasaannya. Ini kerana fungsi kilang telur tidak terjejas dan masih menghasilkan hormonnya. Hormon ini akan mempengaruhi lapisan dalam rahim (endometrium) dan bergantung dengan paras hormon itu, dinding ini akan luruh setiap bulan sebagai darah haid.