Saturday, March 30, 2013

Menu dan jus sihat untuk wanita hamil, pantang dan selepas pantang


singgah di sini ya




Thursday, March 28, 2013

30 Tips Ibu Hamil & Pantang



Boleh ke sini untuk tempahan dan pembelian http://30tips-ibuhamil-pantang.blogspot.com/

Juga slot iklan masih ada beberapa kekosong di dalam ebook ini, hubungi saya masayu2010@gmail.com


Saturday, March 23, 2013

Amalan makanan sunnah untuk ibu hamil dan pantang

Teks: Masayu Ahmad

Sangat banyak sumber pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Beriku makanan sihat sunnah yang boleh diamalkan berterusan semasa tiga fasa di atas.

1. Air zam-zam

2. Delima

3. Kurma

4. Susu kambing

5. Kismis

6. Buah Tin

Manakala berikut makanan yang sesuai semasa pantang

1. Kopi habbatusauda

2. Susu kambing

3. Air zam-zam

4. Kurma

5. Kismis

6. Buah Tin

7. Delima

1

Saturday, March 16, 2013

101 idea bisnes kesihatan & kecantikan

Teks: Masayu Ahmad

Trendi kini ramai yang sudah pandai bisnes secara online, dalam pilihan bidang kecantikan dan kesihatan, berikut adalah beberapa idea bisnes cabang ini.

1. Bisnes makanan kesihatan.

2. Produk kecantikan

3. Produk rawatan berpantang

4. Produk menurunkan berat badan

5. Konsultan kecantikan

6. Juruterapi

7. Perkhidmatan rawatan tradisional

8. Bekam

9. Urutan spa

10. Refleksologi.


Monday, October 22, 2012

Makanan sunnah untuk ibu hamil, semasa pantang dan selepas pantang

Teks: Masayu Ahmad

Tidak dapat tidak, kita mempunyai banyak panduan yang jelas tentang rawatan islam dan ia juga ada panduan bagi ibu yang dalam persediaan kehamilan, sedang hamil, berpantang dan selepas berpantang. Tentunya sejak Nabi Adam a.s sudah ada rawatan atau makan dan ubatan yang membantu ibu cergas dan sihat sebelum hamil, semasa hamil, semasa berpantang dan selepas berpantang. Bukan sekadar sunnah Nabi malahan ia adalah makanan terbaik untuk kesihatan.

Kisah Maryam boleh dijadikan salah satu panduan.



 Banyak pilihan makanan yang lebih sihat yang membantu merawat dan mengembalikan kesihatan tubuh selepas bersalin. Berikut adalah 10 pilihan makanan atau masakan sihat semasa berpantang.


1. Makan kurma sebelum hamil, semasa hamil dan semasa berpantang. Maksudnya boleh makan kurma sepanjang masa, terutama ketika pantang kurma membantu untuk merangsang dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ia juga sumber serat baik untuk memudahkan penghadaman.

2. Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat, Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitu untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

3. Susu kambing, susu sumber ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleg diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.




Sunday, October 14, 2012

Tips- Berpantang secara sihat


Ramai kini ibu hamil sudah peka tentang pemakanan dan penjagaan semasa pantang. Ramai juga yang sudah mula meninggalkan mitos tentang meninggalkan makanan tertentu yang boleh membawa mudharat. Banyak pilihan makanan yang lebih sihat yang membantu merawat dan mengembalikan kesihatan tubuh selepas bersalin. Berikut adalah 10 pilihan makanan atau masakan sihat semasa berpantang.

1. Makan kurma sebelum hamil, semasa hamil dan semasa berpantang. Maksudnya boleh makan kurma sepanjang masa, terutama ketika pantang kurma membantu untuk merangsang dan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ia juga sumber serat baik untuk memudahkan penghadaman.

2. Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat, Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitu untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

3. Susu kambing, susu sumber ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleg diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.

Pakej sunnah-sesuai diamalkan semasa hamil dan pantang


Pakej Pantang
PakejPantang
RM118 Semenanjung Malaysia termasuk pos (skynet)
RM138, Sabah Sarawak

Madu Al-syifa 250 ml
Tepung susu kambing sanaa
Jus delima 250 ml
Minyak zaitun 250

Beli di pautan di bawah


Saturday, October 6, 2012

Tidur- kembalikan tenaga, pulihkan stress


Tidur adalah fitrah manusia

Ramai yang sanggup tidak tidur hanya kerana banyak kerja. Banyak pula tidur cukup tidur dan jadual  masa tidur yang berlainan setiap hari. Tidur berupaya mengurangkan stres dan memberikan tenaga yang cukup untuk tubuh. Lima tidur yang menenangkan dan mengembalikan tenaga.

Cara tidur Nabi adalah tidur terbaik dan paling bermanfaat bagi tubuh, seluruh organ badan dan stamina. Baginda tidur awal malam dan bangun pertengahan malam.

Baginda bangun wuduk dan dan bersiwak (berus gigi), lalu berwuduk dan solat hin
gga waktu yang diizinkan Allah s.w.t. Tubuh mengikut organ-organ dan tenaga tubuh mendapatkan hak yang patut untuk tidur dan berehat, namun cukup berolahraga, di samping mendapat pahala. Itu adalah cara terbaik bagi hati dan tubuh manusia di dunia dan akhirat.

Baginda tidka pernah tidur melebihi keperluan, namun tidak menahan diri untuk tdur sekadar yang diperlukan. Baginda melakukannya dengan cara terbaik, tiudr saat diperlukan dengan mengiringkan tubuh ke kanan, sambil berzikir kepada Allah s.w.t, hingga matanya terasa berat tidak dalam keadaan kekenyangan kerana makan dan minum dan tidak bersentuhan dengan tanah dan tidak berbaring di atas tilam terlalu tebal.

Baginda memiliki alas tidur kulit berisi sabut. Baginda juga meletakkan kepalanya di atas bantal. Kadang-kadang bagin dameletakkan tangannya di bawah pipi.

Sumber: Mengubat Cara Nabi, buku terbitan Al-Hidayah.