Saturday, August 1, 2009

Pilih kaedah berpantang yang sesuai dengan bajet

Teks: Masayu Ahmad



Foto kredit:http://www.bodycraft.com.au

Bagi pasangan yang baru kali pertama akan menimang cahaya mata, selalunya amat teruja untuk menanti hari bahagia tersebut. Jika masih mempunyai ibu atau mertua, kelahiran anak sulung biasanya,akan dibantu mereka semasa tempoh berpantang. Bukan sahaja mudah untuk memberi panduan berpantang, malah kaedah tradisional turut ditekankan bagi mertua atau ibu yang masih mengekalkan rawatan tradisional untuk berpantang. Bagaimana pula untuk kelahiran kedua, ketiga dan seterusnya.

Masih ada cara untuk anda menjalani tempoh pantang yang masih releven dengan menjalani tempoh pantang di rumah sendiri. Berikut beberapa alternatif yang boleh digunakan.

Menggunakan khidmat bidan
Masih ada bidan-bidan yang menyediakan rawatan kepada ibu bersalin. Maksudnya datang terus ke rumah menyediakan kelengkapan mandian rebusan, menyediakan makanan ibu bersalin, bertungku, berurut. Ada yang menyediakan sehingga 40 hari rawatan

Hanya tempoh kritikal di bawah penjagaan ibu atau mertua

Tempoh penjagaan sehingga tempoh kritikal ibu yang mengalami jahitan yang banyak dan juga luka yang lambat sembuh dan pergerakan yang terbatas.
Bagi mereka yang mengalami proses bersalin yang lebih mudah, hanya mendapat pemantauan dari ibu atau mertuas selama 10 hari atau 2 minggu sahaja. Hari seterusnya boleh dibantu oleh suami sendiri atau pembantu rumah.

Suami bercuti untuk menjaga isteri berpantang

Jika anda tiada pilihan lain, suami boleh mengambil cuti tahunan selama 2 minggu atau mengikut kebenaran majikan. Tidak salah berkongsi hari-hari penuh makna bersama isteri. Adalah lebih mudah suami menyediakan kelengkapan isteri, ini juga membuatkan ikatan rumahtangga lebih harmoni dan erat.

Contohnya anda merancang kehamilan awal tahun dan jangkaan bersalin hujung tahun. Ini memudahkan anda suami mengambil cuti pada hujung tahun sebagai cuti khusus untuk menjaga isteri semasa berpantang. Dua minggu pertama berpantang isteri memerlukan perhatian dan rawatan yang khusus.

Khidmat rawatan dari pakej salun dan spa

Jika kediaman anda berdekatan dengan mana-mana salun dan spa yang menyediakan rawatan berpantang atau rawatan selepas bersalin, ianya adalah berita baik. Sebelum kehamilan atau semasa menunggu hari bersalin, anda boleh mula meninjau mana-mana salun atau spa yang menyediakan pakej tersebut. Kini sudah ada pakej rawatan bersalin di rumah. Sekiranya ianya masih dalam bajet anda, tidak salah kiranya anda mendapatkan perkhidmatan rawatan tersebut. Bukan sahaja memudahkan anda, malah tidak menyusahakan ibu atau mertua kerana anda mampu berdikari semasa berpantang.

Kerjasama dengan klinik atau hospital bersalin

Jika pilihan bersalin di klinik atau hospital swasta, juga sudah ada tawaran perkhidmatan rawatan berpantang. Biasanya terdapat pakej yang ditawarkan dengan usahasama dengan spa, salun atau orang perseorangan seperti bidan atau pengamal tradisional.

Proses berpantang adalah tempoh penting untuk anda berehat dan memberi tumpuan kepada rawatan dalaman dan luaran. Rehat, pemakanan seimbang dan juga rawatan dalaman sangat penting agar anda masih sihat dan bertenaga semasa tempoh tersebut. Segala persiapan bukan sahaja menunggu kelahiran malah, persiapan penjagaan diri juga penting.


Nota: Promosi
Dapatkan set kelengkapan dalam pantang seperti sauna, barut, bengkung dan set bersalin di www.nilamberkat.blogspot.com