Sunday, March 13, 2011

Pelbagai rawatan bawa lebih khidmat pulangan

Sumber: Metro, 9 Mac 2011
Pic: google



Pakar kecantika wajah satu profesion yang boleh dianggap mudah walaupun ia menjanjikan pulangan lumayan dan mampu memberi kelebihan jika seseorang itu mempelbagaikan kemahiran sedia ada.

Jika dilihat di negara ini, industri dalam bidang kecantikan begitu pesat membangun umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Pengusaha salun bijak mengambil peluang mempelbagaikan perkhidmatan diberikan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Bukan sekadar menyediakan rawatan wajah, pengusuah mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan dandanan rambut serta menyediakan pakej perkahwinan khusus untuk menambahkan pendapatan selain memudahkan pelanggan dalam persediaan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Kepelbagaian dalam perkhidmatan diberikan memudahkan pelanggan dan menjimatkan masa mereka dalam persediaan perkahwinan tetapi kualiti dan hasil yang ditawarkan perlu sentiasa diutamakan.

Sebagai contoh, perkhidmatan dandanan rambut, solekan, busana pengantn dan rawatan wajah memerlukan produk berbeza mengikut khidmat diberikan, menyebabkan pemilihan barangan berkualiti perlu diutamakan bagi memuaskan hati pelanggan dan memberi hasil terbaik dalam pakej disediakan.

Selainn modal, mereka yang berminat dalam bidang penjagaan kecantikan dan khidmat pakej pengantin juga perlu memiliki kemahiran, rajin mengikut kursus bagi menambah lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada serta sabar. Sesetengah orang mengganggap diri mereka sudah tahu segala-galanya tetapi dalam fesyen dan solekan, sentiasa ada benda serta kaedah baru dan jika kita tidak hiraukan, kita akan ketinggalan.

Selain solekan dan dandanan moden, pengusaha salun, termasuk yang menyediakan pakej perkahwinan juga perlu mahir dengan kaedah rawatan serta fesyen tradisional bagi memenuhi kehendak pelanggan. Sesetengah orang sesuai dengan rawatan tradisional berdasarkan jenis kuli serta keadaan kesihatan muka pelanggan.

Jika pelanggan mempunyai alahan seperti resdung, rawatan tradisional digunakan bagi memberi kesan lebih baik.

Antara kriteria diperlukan bagi pengusaha sesebuah salun, selain perlu berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam, seseorang pengusaha itu juga perlu bijak menjaga hubungan dengan pelanggan melalui perkhidmatan diberikan.

Mereka perlu mengetahui rawatan bersesuaian yang ditawarkan supaya tidak menimbulkan masalah kelak. Apa yang penting pengusaha bijak memberi pandangan, dan nasihat tertentu kepada pelanggan jika diperlukan.

Tip usahawan kecantikan

  • Bijak mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang disedikan.
  • Menyediakan perkhidmatan wajah, dandanan rambut, busana pengantin dan pakej perkahwinan kepada pelanggan.
  • Bijak memberi pandangan kepada pelangan mengenai kaedah rawatan bersesuaian sama ada tradisional atau moden.
  • Memberi nasihat mengenai produk kecantikan yang digunakan.
  • Pemilihan barangan berkualiti dan bermutu tinggi perlu dititikberatkan.

Saturday, March 12, 2011

Azam kesihatan tahun baru

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Sudah lama tidak meninggalkan sebarang entri di sini. Sekarang sudah memasuki bulan Mac 2011. Apa azam kesihatan kalian. Mari kita senaraikan semula.

Jaga pemakanan seimbang

Amat penting untuk mengekalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Juga mengenalpasti keperluan kalori mengikut usia. Meningkatkan pengambilsan serat atau fiber. Pemakan seimbang adalah mengambil semua jenis makanan dalam jumlah yang betul berdasarkan piramid makanan.


Latihan mengeluarkan peluh

Lelaki atau wanita, remaja atau dewasa, mengeluarkan peluh adalah salah satu cara mengeluarkan toksin dari dalam badan. Ia juga membantu melancarkan aliran darah. Membuat latihan bukan sekadar dapat meningkat merecaj semula tenaga, malah dapat mengekalkan berat badan ideal, mampu untuk memberi kekuatan dalaman dan luaran. Badan cergas, otak cerdas.


Jauhi stres

Tekanan ada di mana-mana jika tidak bijak menanganinya. Dewasa, lelaki, wanita atau sesiapa sahaja jika mengalami tekanan berlebihan berupaya memberi kesan kepada mental dan fizikal. Kesan kepada mental boleh menyebabkan kemurungan jika tekanan dalam keadaan berlebihan, juga hilang daya fokus dan kemampuan berfikir secara rasional. Begitu juga terhadap fizikal, badan boleh lemah, letih lesu, malas, kurang keyakinan dan sebagainya.


Rawatan alternatif

Gaya hidup moden memberi pilihan kepada kita untuk memilih pelbagai kaedah rawat dan rehat seperti mendapatkan rawatan kesihatan di spa atau salun. Begitu juga urutan aromaterapi, sauna, refleksologi, bekam adalah antara pilihan untuk memulihkan semula tubuh badan yang lemah dan letih.