Thursday, July 29, 2010

Tips sihat untuk wanita hamil

Teks: Masayu Ahmad

Apabila hamil, terdapat banyak perubahan yang akan berlaku selama anda melalui tiga fasa kehamilan. Salah satu perubahan yang ketara adalah pola pemakanan yang berubah sama ada semakin berselera atau sebaliknya.

Sekiranya anda sudah pun menjaga pemakanan seimbang sejak sebelum hamil, ianya sudah tentu memudahkan anda walaupun sudah berstatus hamil. Maksudnya mengekalkan pemakanan seimbang sebelum hamil, semasa hamil dan selepas hamil memudahkan anda untuk berada dalam zon selamat. Dengan kata lain memudahkan anda kembali kepada berat badan ideal selepas bersalin.

Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan diet yang sepatutnya sepanjang tempoh kehamilan.

Piramid makanan

Jadikan piramid makanan sebagai rujukan asas apabila anda ingin membuat perancangan menu sihat sepanjang kehamilan. Anda bukan sahaja terdorong dengan pengaruh makan untuk dua orang, malah mengelak mengambil berlebihan kalori.

Sumber protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan sumber serat daripada sayuran, buah-buahan diambil dalam kapasiti untuk keperluan kalori. Mengambil untuk menampung keperluan penggunaan tenaga dan sumber zat yang sepatutnya.

Pelbagaikan menu

Kepelbagaian menu dalam hidangan membantu anda untuk kekal berselera dan mengambil menu yang sesuai. Variasikan menu sihat yang seperti bakar, rebus dan kukus.

Mengekalkan pengambilan buah-buahan yang berwarna-warni dan juga sayuran yang boleh dijadikan salad sebagai pencuci hidangan. Sumber jus buah segar seperti tembikai dan jus oren sangat bagus untuk sumber serat. Elakkan minuman berkarbonat yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Kopi juga tidak digalakkan untuk wanita hamil.

Makan kerap dalam kuantiti yang kecil

Bagi wanita yang kerapkali muntah, menyebabkan selera makan terbantut dan anda kurang bertenaga. Untuk memberi tubuh anda keperluan kalori dengan mengambil makanan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap. Ini untuk memastikan anda lesu dan terus menerus tidak bertenaga.

Thursday, July 22, 2010

Khasiat bawang putih

Teks: Masayu Ahmad

Bawang putih ditanam melalui cara menanam biji bawang itu sendir. Mempunyai daun yang panjang dan nipis, berwarna hijau. Dapat dikenali melalui bentuk jambak, berwarna putih dan mempunyai aroma bau yang kuat. Ia berulas-ulas dan mudah dipisahkan.


                                              

Khasiat dan kegunaan

Merawat gastrik/ angin
Merawat asma/batul
Mengatasi/ melegakan sengugut
Mengubati luka

Thursday, July 15, 2010

Pengalaman pantang Nur Hidayah Nazahiyah

Nama: Nur Hidayah Nazahiyah Bt Erham


Email: nnazahiyah@gmail.com

Blog: http://hidanaza.blogspot.com/

Kategori: A & B

Buku pilihan: Buku 3

Sudah lama saya ingin menaip tentang pengalaman berpantang semasa melahirkan dua orang anak saya, baru hari ini selesai akhirnya entry ini. Saja nak memeriahkan peraduan yang dianjurkan oleh Kak Masayu. (-:

Semasa melahirkan Harith dahulu saya berpantang di rumah ibubapa saya. Kalau tak silap, bulan puasa. Setiap pagi emak saya akan memanaskan sebiji batu bata. Setelah cukup panas, batu tersebut dibungkus di dalam kain. Itulah alat untuk saya bertungku. Berbarut pula saya gunakan minyak herba yang dibeli sekali dalam set ubat bersalin. Pilis pula kalau tak silap emak saya guna halia merah.

 Mandi pula hanya sekali sehari. Itu pun setelah menjelang tengahari. Air mandian dicampur daun-daun yang emak beli dari orang kampung yang mahir. Bab makan pula, saya minum milo dan makan bubur nasi untuk menambah susu badan. Makan tengahari dan malam pula nasi panas dengan sup ayam atau ayam kukus dicampur kacang mar. Ikan bilis dan halia goreng pula adalah menu wajib. Sekali saja emak membeli ikan haruan kerana saya kurang gemar kerana tidak biasa makan. Minum petang pula milo dan biskut kering. Saya juga minum air periuk iaitu air rebusan akar-akar kayu yang kelat rasanya. Selain dari itu, saya habiskan makan kapsul herba set bersalin yang dibeli. Habis ubat bersalin, emak menyuruh saya makan makjun pula.


Pengalaman berpantang yang terkini pula, ibubapa saya yang datang membantu. 2 bulan mereka di sini kerana bimbang tiada orang menolong saya berpantang. Alhamdulillah. Bantuan mereka amatlah diperlukan kerana anak sulong saya masih belum pandai berdikari manakala suami juga tidak begitu mahir dengan bab-bab pantang terutama tentang makanan. Saya membeli set bersalin herba yang berlainan jenis untuk berpantang kali ini.

Terdapat tungku herba di dalam set ini, maka emak saya hanya perlu mengukus tungku tersebut setiap pagi dan petang. Selain dari itu, emak menyuruh saya bersandar pada heater yang panas pada minggu terawal tempoh berpantang. Saya menggunakan gel susut perut untuk berbengkung kali ini. Lebih mudah cuma agak mahal. Jika emak saya agak sibuk untuk membantu mengikat bengkung tradisional, saya akan menggunakan bengkung moden yang lebih mudah. Pilis pula sudah diubahsuai seperti krim.

Bab makan pula, menu masih lebih kurang serupa semasa berpantang kali pertama cuma saya banyak makan buah prune kerana kita mudah sembelit semasa berpantang kerana banyak sayur yang tidak boleh dimakan. Saya juga makan bijirin dan oat yang dicampur susu segar untuk sarapan pagi. Selain itu, saya makan gel gamat untuk cepat menyembuhkan luka. Saya juga tuang sedikit minyak gamat pada tuala wanita untuk melegakan rasa tidak selesa pada jahitan. Habis kapsul bersalin, saya juga makan sedikit madu asli.

Itu saja pengalaman berpantang saya. Nak kata ketat sangat tidak juga. Apabila terasa sangat panas, saya tidak pula memaksa diri berstokin dan berbaju panas. Emak saya pun tak larat nak bising. Cuma katanya, asalkan saya sentiasa panas itu tandanya bagus. Jika sejuk, itu yang bahaya. Cuma emak sangat ambil berat tentang makanan kerana bayi saya menyusu badan. Maka minggu-minggu terawal memang sayur dan buah tidak ada dalam menu harian saya. Setelah masuk usia bayi sebulan barulah saya boleh makan sedikit sayur sawi dan buah epal. Sebab itulah sembelit kalau tak makan buah prune. (-:

Tuesday, July 13, 2010

Pengalaman pantang Maiza Azrina

Peserta:http://cute-miut78.blogspot.com/2010/03/contest-pengalaman-berpantang.html


Tiga tahun yang lepas, selepas aku melahirkan Putera kesayangan kami mohammad Amirul Hisham, aku berpantag di rumah mak di Johor Bharu. Tempoh berpantang selama 44 hari memang satu pengalaman yang aku rasa satu pengalam baru. Ini kerana pertama kali merasakan pengalaman berpantang, pandangan aku setiap individu mempunyai cara yang berbeza sama ada bersalin cara normal atau melalui pembedahan.


Memandankan aku bersalin secara normal, makanya cara penjagaannya memang amat teliti. Emak memang jaga dengan betul semsa aku berpantang. Dua minggu awal selepas bersalin, emak akan pastikan aku mandi dengan daun-daun herba untuk kesegaran badan. Selepas itu, aku diurut oleh mak bidan dan kemudian memakain bengkung dengan ketat.

Pakai bengkung ketat kadangkala menyebabkan rasa seperti sukar bernafas, demi kesihatan dan mendapat bentuk badan yang asal, maka aku ikut juga. Maklum sahajalah badan apabila lepas bersalin banyak yang mengelebeh.

Bayangkan, berat badan sebelum mengandung hanya 45 kg sahaja. Tetapi apabila mengandung berat badan naik mendadak, sebanyak 68 kg. Untuk mendapatkan kembali berat dahulu, mahu atau tidak perluu juga berpantang sebaiknya. Alhamdulillah aku kembali mendapat berat yang asal, konsisten sampai sekarang.

Pakai bengkung, pilis dan param

Sebelum memakai bengkung, badan terutama pada bahagian pinggang, perut dan paha dilumurkan dengan kapur yang diperah limau nipis. Kemudian barulah dipakaikan bengkung. Bengkung perlu melilit daripada paras bawah buah dada sehingga paha.

Cara berjalan pun seperti orang Jepun berjalan, tidak boleh lasak. Kemudian barulah pakai pilis dan para. Ini pesanan dan petua emak, fungsinya untuk menaikkan seri wajah dan untuk mengelakkan bentan.

Selepas itu duduk juga tidak boleh duduk sesuka hati, kena duduk tegak bersandar dan pastikan kaki jangan berjuntai. Jika mahu baring tidka boleh baring mengiring, barin pun seperti ala-ala seperti mahu bersandar. Perlu pastikan kepala tinggi kedudukannya.

Tunku dan tawas cara moden

Aku menggunakan beg sauna yang mudah, duduk atas kerusi yang berlubang di tengah. Memang panas, masuk sahaja lima minit sudah terasa bahang panasnya. Tetapi badan rasa segar.

Diet dan pemakanan







Dari segi pemakanan pula, mak berpesan tidka boleh minum air banyak nanti kembang katanya. Kalau mahu minum air akar kayu yang suam-suam. Memang pahit yang amat.

Makanan pula, lauk memang kena ada lada hitam yang ditumbuk bersama ikan bilis. Makan juga sup ikan haruan, yang dimasukkan lada hitam. Itu semua untuk panaskan badan. Juga sayuran untuk menambahkan air susu. Makan bersama dengan nasi panas-panas.

Ikan haruan baik untuk mempercepatkan luka-luka dalaman. Makanan lain seperti telur, ayam, daging tidak digalakkan. Jadi makanan aku selama 44 hari haruan bersam alada hitam dan ikan bilis sahaja.

Waktu makan perlu tepat pada masanya, tidak boleh lambat dan tidak boleh cepat.

Setiap pagi sebelum manid, emak aku pastikan aku minum air pegaga dicampur bersama kunyit yang dikisar bersama 5 cawan air setiap hari. Minuman ini bagus untuk penjagaan dan mengecutkan peranakan.

Pantang larang lain

Pantang larang lain, aku tidka dibenarkan lkeluar rumah, tidak dibenarkan tidur berterusan, tidak dibenarkan banyak bergerak. Juga tidak dibenarkan makan berlebihan dan terlalu intim dengan suami.

Pesan emak lagi, pantang perlu jaga betul-betul sebab badan perlu pakai lama. Jika tidak dijaga daripada wal, usia belum tua sudah sakit sana sini.

Aku bersetuju dengan pesanan emak. Inilah pengalaman berpantang aku, mungkin pengalaman orang lain lebih menarik.

persediaan bersalin

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Terdapat beberapa perkara yang perlu di senaraikan sebelum dan selepas hamil, semasa hamil dan selepas bersalin.

1. Persediaan kehamilan

Persediaan kehamilan sangat luas untuk disentuh, antara lain ibu mula merancang kehamilan, persediaan mental dan fizikal. Faktor kesihatan, ekonomi keluarga, sokongan suami dan kesediaan ibu sendiri untuk mula bersedia menghadapi fasa-fasa permulaan sebagai seorang ibu.

2. Persediaan semasa hamil

Persediaan kehamilan merangkumi tiga fasa iaitu, fasa pertama, fasa ke dua dan fasa ke tiga. Juga catatan kehamilan setiap minggu iaitu minggu pertama sehingga minggu terakhir sehingga bayi sudah lahir.

3. Persedian penjagaan semasa berpantang

Persediaan berpantang adalah salah satu perkara yang perlu diambil berat, ini adalah kerana memberi ibu ruang untuk mendapat rawatan kesihatan sebaiknya. Kesihatan dalaman, luaran dan juga kesihatan emosi tidak boleh diambil mudah.

Terdapat banyak pilihan untuk melakukan rawatan sama ada mengunakan kaedah tradisional, moden atau gabungan ke duanya. Capaian informasi melalui buku, majalah dan internet adalah salah satu cara untuk ibu mendapatkan maklumat yang betul bagi memudahkan rawatan dalam pantang.


4. Persediaan kesihatan ibu

Persediaan kesihatan ibu adalah perkara penting agar mampu memulihkan semula kesihatan semasa hamil dan selepas kehamilan. Ini penting agar ibu sentiasa tampil cergas, tenang dan bertenaga. Fasa kehamilan adalah satu perjalanan yang banyak memberi perubahan emosi dan fizikal kepada ibu hamil, jadi kesihatan adalah menjadi keutamaan agar wanita kekal cergas dan sihat dalam apa juga situasi.


5. Persediaan penjagaan bayi

Penjagaan bayi terutama ibu muda yang baru pertama kali hamil sangat perlu untuk tahu perkara asas tentang pemakanan, kesihata, urusan mengendalikan bayi dan juga fasa-fasa perkembangan awal bayi dan kanak-kanak.

Salam sukses

http://www.masayuahmad.com/

Tuesday, June 29, 2010

Peraduan Pengalaman Berpantang

Buku 1

Buku2



                                                                                Buku 3


Terma & Syarat

1. Menjadi Follower- www.masayuahmad.blogspot.com
2. Pautan blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/ di blog anda (pilihan tambahan)
3. Pilih buku dan ketegori- sila letakkan di side bar blog anda, pautan terus ke blog ini.
4. Uar-uarkan peraduan ini di blog anda.
5. Kategori A, semua peserta layak untuk menang. Cabutan undian akan dibuat oleh kanak-kanak riang.
6. Kategori B, pengalaman pemenang akan disiarkan dalam projek penulisan saya, anda juga layak mendapat satu lagi buku misteri (penjagaan kesihatan wanita). Maksudnya anda akan mendapat dua buku.
7. Setiap orang boleh menyertai kedua-dua kategori serentak atau salah satu sahaja.
8. Tarikh tutup: Sehingga diberitahu kelak.

Kategori A: Cabutan Secara rawak
1. Hanya pilih buku, nyatakan kategori pilihan.

Contoh: Ya saya mahu buku 1 untuk Kategori A

Kategori B

1. Ceritakan pengalaman berpantang anda, boleh juga gambar bayi semasa pantang.
2. Anda layak mendapat buku peraduan dan buku misteri (penjagaan kesihatan wanita)

Nyatakan:

Nama: Masayu Ahmad
Kategori: A & B
Buku pilihan: Buku 1

Sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen peraduan sahaja. Terima kasih.

Saturday, May 1, 2010

Khasiat senduduk

Pic: Google

Pokok senduduk, nama botani Melastoma Malabatrhricum. Nama lain dikenali juga sebagai pokok keduduk atau senggani. Ini adalah tumbuhan tempatan yang boleh didapati di hutan.

Khasiat perubatan tradisional

Digunakan pengamal perubatan tradisional untuk mengembalikan kecergasan wanita berpatang atau ibu selepas bersalin. Digunakan untuk air mandian iaitu mandi teresat selepas bersalin.

Daun senduduk bersama daun mengkudu, pandan, limau purut dan akar perut gagak dicampur bersama air panas dan dijadikan mandian herba. Boleh digunakan selama tiga hari berturut-turut atau seminggu.


Wednesday, March 17, 2010

Tuesday, March 2, 2010

Doa untuk bayi yang baru dilahirkan

Surah Ali-'Imran ayat 36

Maksud ayat: Aku melindungi dia denga peliharaanMu, demekian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan.

Keterangan ayat:

Hinnah Faquza, isteri kepada Imran sewaktu telah lanjut usiannya melihat seekor burung memberi makan pada anaknya. Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak. Dia bernazar kepada Allah sekiranya mendapat anak lelaki akan disuruh memberi khidmat kepada Baitul Maqdis.

Allah telah memakbulkan doanya, tetapi dikurniakan untuknya anak perempuan. Lumrahnya tanggapan umum pada anak lelaki ialah fizikalnya lebih hebat untuk menjaga rumah suci itu. Orang perempuan pergerakannya agak terbatas berbanding lelaki. Walaupun begitu bayi ini adalah anugerah Allah ynag wajib disyukuri.

Tambahan pula ia adalah bayu perempuan yang sempurna dan cantik wajahnya. Nama yang diilhamkan oleh Allah untuk diberikan ialah Mariam yang bermaksud kuat ibadah dan khidmatnya untuk Allah.

Dinamakan dengan nama sedemikian dengan keyakinan akan menjadi wanita yang paling tinggu kedudukannya di sisi Allah.

Munajatnya kepada Allah ialah ayat di atas. Memohon kasih-Nya agar dijaga Mariam dan keturunannya daripada syaitan yang dilaknat.

Abu Hurairah r.a berkata: Aku dengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Setiap anak yang dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam keran doa yang dibacakan oleh ibunya itu.

Manfaat

Oleh itu, amalkanlah membaca doa ini kepada anak yang baru dilahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 36, surah Ali-'Imran)

Sumber: mukasurat 41, 42

Buku: 101 Doa Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran, Khasiat & Kaifiat Beramal

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed
Terbitan: Telaga Biru

Tuam pasir untuk masalah kembung bayi dalam pantang

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Tungku yang sudah dikomersialkan menggunakan bahan-bahan herba. Produk Leesa Formula

Tuam pasir untuk masalah kembung bayi dalam pantang





Salah satu kaedah yang digunakan apabila bayi kembung ialah menggunakan tuam pasir.

Pasir pantai yang bersih dan halus dipanaskan di dalam kuali atau periuk. Pasir sekadar segenggam atau dua genggam.

Kemudian pasir tadi dibalut kemas-kemas dan jadikan bulatan seperti tungku kecil.

Kemudian sesuaikan kadar kepanasan dengan menuam pada lengan atau tangan.

Tuam perlahan-lahan pada bayi yang kembung. Untuk kesan lebih mujarab sapu minyak herba dan tuam perlahan. Bayi akan selesa.

Arwah ibu saya pernah membuat tuam pasir ini semasa saya dalam pantang. Kali pertama saya mendapat petua ini ketika anak yang ke tiga.

Saturday, February 27, 2010

Pengalaman Berpantang Selepas Melahirkan Fahry

Peserta ke-2, kategori B- Mommy Lyna


Fahry adalah anak saya yang kedua. Pengalaman berpantang selepas melahirkannya adalah amat unik. Kerana apa? Kerana bayi saya adalah anak istimewa dan tidak cukup bulan pula. Tambahan pula ketika itu saya berjauhan dari keluarga, nun jauh di Sarawak. Jika orang lain berpantang di rumah ibu/mentua, dengan sepenuh perhatian, meraih pengalaman menyusukan dan menjaga bayi yang baru lahir... tapi tidak saya.

Sepanjang masa berpantang, anak saya tidak berada di sini saya. Fahry ditempatkan di dalam inkubator kerana berat badannya yang sangat ringan, hanya 1.2kg semasa dilahirkan. Jadi saya terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari untuk menjenguknya dan memberikan susu kepadanya. Saya juga pernah tinggal di hospital untuk menjaga dia (untuk bayi pramatang, ibu digalakkan room-in atau tinggal bersama).



Jadinya, pantang seperti orang lain tu saya tak lalui. Namun, saya tetap pergi berurut dan menjaga pemakanan. Cuma saya tidak ada mandi daun kayu seperti yang saya alami semasa berpantang anak pertama dulu.

Untuk memudahkan saya, suami telah membelikan Gamogen, pati ikan haruan dan bengkung moden, supaya saya mudah untuk bergerak. Saya juga mengambil vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan saya. Maklum saja, saya masih menyusukan anak sulung saya yang baru berusia 14 bulan ketika itu. Jadi setiap hari rutin saya ialah menguruskan si abang, mengepam susu buat si adik dan ke hospital untuk memberinya susu melalui tiub. Memang mencabar pada mulanya, kerana saya masih takut2, namun bila dah biasa, saya rasa lebih mudah memberinya minum melalui tiub berbanding dengan menggunakan cawan (setelah keluar inkubator) kerana bayi saya tidak suka kepada susu perahan :)

Saya meneruskan hidup seperti biasa, kadangkala memandu untuk menjenguk Fahry di hospital. Namun saya amat berterima kasih kepada suami yang tak putus2 memberi sokongan kepada saya. Setiap hari kami mendoakan keselamatan Fahry, walaupun dirinya tak sempurna anggota (cacatler) tapi bagi saya dialah permata hati kami. Fahry telah memberi kami kegembiraan dan keberkatan.
Akhirnya tempoh berpantang saya habis (walaupun bukan menjalani pantang yang ketat), dan Fahry dibenarnkan pulang sebaik saja saya habis pantang. Maka kami melalui fasa bersama, setelah lebih sebulan berjauhan. Masa itulah pertama kali saya memandikannya, memeluknya ketika tidur, bermain-main dengannya.

Friday, February 26, 2010

Bertangas : rawatan semasa dan selepas bersalin

Oleh: Masayu Ahmad


Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan. Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari.

Manfaat bertangas sangat baik agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh.

Manfaat yang lain, bahagian sulit cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (proplase). Berikut adalah ramuan dan penyediaan bertangas.

Ramuan tangas:

• 10 keping asam gelugur

• 3 helai daun sirih

• 2 sudu besar garam kasar

• Segenggam inai

• 2 cm halia

• 3 biji manjakani

Caranya :

Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 20 minit. Untuk hasil yang lebih baik boleh dilakukan dua hingga tiga kali sehari selepas mandi air rebusan selama 44 hari. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.

Wanita yang tidak bersalin dan habis berpantang juga boleh melakukan amalan ini untuk penjagaan kesihatan dan kebersihan diri.

Tuesday, February 23, 2010

Bagaimana makanan boleh dicemari aflatoksin?


Aflatoksin


Aflatoksin adalah kumpulan mikotoksin yan terbentuk secara semulajadi daripada kulat yang tertentu sahaja terutama sekali Aspergillus flavus dan Asperigillus parasiticus.

Bagaimana makanana boleh dicemari Aflatoksin?

Keadaan yang boleh menyebabakan makanan dicemari Alatoksin ialah:

• Makanan yang terdedah kepada kelembapan persekitaran yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang.

• Keadaan penyimpanan makanan yang dilonggokan atau disimpan dalam kuantiti yang banyak boleh menghalang pengaliran udara yang baik.
Apakah kumpulan makanan yang biasa dicemari aflatoksin?

• Kekacang dan hasilannya- kacang tanaha, pistachio, mentega kacang, badam.

• Bijirin dan hasilannya- jagung, beras, gandum, sekoi, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji matahari.

• Rempah ratus-cili, lada hitam, kunyit, halia dan ketumbar.

Kesan kepada kesihatan

Pendedahan terhadap aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan berkemungkinan boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan (aflatoksikosis).

Sumber: Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Mac 2007)

Monday, February 22, 2010

Fahami label makanan dan kepentingannya


Sumber: Brosur, Seksyen Standard, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai makanan ynag memerlukan penandaan tarikh


• Biskut, roti.

• Makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak.

• Makanan yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak.

• Coklat, coklat putih dan coklat susu.

• Krim kelapa, santan kelapa, pes kelapa, serbuk krim kelapa dan kelapa parut.

• Lemak makan dan mintak makan selain daripada marjerin dalam bekas kedap udara.

• Aditif makanan yang mempunyai tempoh penggunaan kurang dari 18 bulan.

• Rumusan bayi

• Telur cecair, kuning telur cecair, putih telur cecair, telur kering, kuning telur kering dan putih telur kering.

• Makanan tenaga rendah bagi mana-mana makanan yang memerlukan penandaan tarikh seperti yang terdapat di dalam senarai ini.

• Hasil daging dalam bekas tidak kedap udara.

• Susu dan hasil susu kecuali keju keras.

• Minuman ringan Pasteur tak berkarbonar dan minuman ringan U.H.T tak berkarbonat.

• Tambahan zat makanan atau sediaan tambahan zat makanan yang dijual sebagai manakan.

• Jus buah Pasteur.

• Mentega kacang.

• Seri kaya.

• Sos.

• Makanan bertujuang khas.


Makanan yang siap dibungkus untuk jualan mesti mempunyai label.

• Memberi maklumat tentang kandungan produk makanan.

• Membebalkan maklumat penggunaan makanan.

• Memudahkan aktiviti penguatkuasaan dan tindakan undang-undang.

Berhati-hati!

• Belilah makanan yang siap dibungkus yang berlabel.

• Telitilah apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam produk makanan.

• Pastikan makanan tidak melewati tarikh luput.

• Baca dengan teliti dan patuhi cara penyimpanan makanan.

• Fahami cara penyediaan makanan.

• Teliti maklumat pemakanan pada label.

• Elakkan membeli makanan dengan pembungkusan yang telah rosak. (Kemek, karat atau menggelembung).


Keterangan di label makanan.

• Nama sebutan sebenat makanan. Makanan perlu dilabel dengan nama yang jelas, tepat dan tidak mengelirukan.

• Bahasan yang digunakan. Produk tempatan dilabel dalam Bahasan Malaysia. Produk yang diimport dilabel dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

• Senarai ramuan. Ramaun yang digunakan dalam produk yang disusun mengikut berat menurun.

• Arahan penyimpanan. Perlu mengikut arahan penyimpanan yang disarankan.

• Maklumat pengeluar. Nama dan alamat pengilang/pembungkus/ejen (termasuk produk import). Maklumat produk import iaitu nama dan alamat pengimport dan negara asal.

• Akuan pemakanan. Menunjukkan nilai pemakanan produk tersebut.

• Pelabelan pemakanan. Membantu pengguna membuat perbandingan dengan kualiti pemakanan di antara satu produk dengan produk yang lain.

• Kaedah penyediaan. Perlu mengikut kaedah yang disarankan.

• Penyataan aditif makanan. Bahan-bahan tersebut adalah seperti bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, antipengoksida dan kondisioner makanan.

• Penyataan mengenai kuantiti/ berat/ isipadu. Penyataan mengenai berat bersih atau isipadu bilangan minimum isi bungkusan makanan tersebut.

• Penandaan tarikh. Pastikan makanan yang dipilih tidak melepasi tarikh luput.

Thursday, February 18, 2010

Kapsul ubat gelatin babi dicop halal

Sumber:http://hpaampang.blogspot.com/2009/11/kapsul-ubat-gelatin-babi-dicop-halal.html

Nov 2, 09 5:01pm Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir. Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

 "Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas. "Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal. Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

 Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Tuesday, February 16, 2010

Nida berpantang ditemani ibu- Peserta pertama kategori B

Gambar anakku Nur Hanisah ketika berusia 10 hari

Peserta pertama kategori B; http://along-nidar.blogspot.com/2010/02/peraduan-pengalaman-berpantang.html

Proses berpantang selepas melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan oleh seorang ibu. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, bermulalah proses berpantang ini.


Aku bernasib baik kerana masih mempunyai ibu di sisi yang menjaga aku ketika berpantang. Sedikit sebanyak ilmu berpantang dapat ku pelajari darinya. Selepas bayiku diazankan dan diiqamatkan, kemudian perlulah ditahnikkan (belah mulut) dahulu.

Aku memulakan proses mengurut pada hari ketiga selepas bersalin kerana menurut ibuku tidak elok seandainya proses mengurut dilakukan awal ini kerana segala urat saraf masih kembang dan badan masih terlalu lemah untuk diurut. Selama tujuh hari aku diurut oleh tukang urut di kampungku.

Dari segi makanan aku tidaklah terlalu berpantang sangat, mungkin kerana ibuku juga begitu. Tetapi ada juga sesetengah makanan yang aku dilarang memakannya selama tempoh berpantang, antaranya ikan yang berbisa (sembilang, pari dan lain-lain), buah-buahan yang sejuk dan tajam (tembikai, nenas dll), makanan yang sudah bermalam, makanan yang terlalu pedas, air minuman hendaklah sentiasa suam, air batu ditegah sama sekali.

Aku wajib meminum air kosong dengan banyak, setiap malam sebelum tidur akan ku isikan 1.0 liter air ke dalam botol dan ku letakkan di meja sisi katil serta ku disiplinkan diri agar sebelum pagi menjelang air tersebut perlulah ku habiskan. Ada pendapat yang mengatakan tidak elok meminum air dengan banyak kerana dikhuatiri rahim akan lambat mengecut, tapi bagi aku air perlu untuk pembentukan susu, menggantikan semula darah yang banyak hilang ketika proses bersalin dan yang paling penting untuk mengelakkan sembelit, dan Alhamdulillah aku merupakan guru Biologi, sekurang-kurangnya ilmu Sains ini dapat ku aplikasikan semasa aku berpantang.

Selepas mandi dengan air suam, bermulalah proses bertungku kerana menurut ibuku ia dapat memecahkan darah-darah yang beku di dalam rahim, dan ia sememangnya benar, setiap kali selepas aku bertungku, aku dapati banyak darah yang akan keluar. Kemudian aku lumurkan param ke seluruh tubuhku.

Untuk bahagian perut, aku lumurkan kapur yang dicampur dengan limau nipis (untuk mengecutkan bahagian perut). Dibahagian dahi pula, aku lumurkan dengan pilis dan ku ikatkan rambut sekuat yang mungkin, ini adalah untuk membuang angin dibahagian kepala. Perkara terakhir yang akan kubuat ialah berbengkung. Aku menggunakan bengkung Jawa, iaitu melilitkan kain yang sepanjang 2.5 meter dari pangkal peha hingga ke bahagian atas perut. Biasanya aku dibantu oleh ibuku semasa dalam proses melilit bengkung Jawa ini. Dalam bab berpantang, aku amat menitik beratkan proses membengkung kerana bagi aku dapat mengekalkan bentuk badan selain membantu proses pengecutan rahim.

Biasanya aku akan memandikan bayi selepas aku menyiapkan diriku. Setelah aku memandikan bayi, aku akan menuam perut bayi dengan daun sirih. Ini dapat membantu mengurangkan angin diperut bayi. Selama dalam proses berpantang juga aku banyak meminum susu (Anmum) dan makan lobak putih untuk memperbanyakkan susu badan.

Selama 44 hari aku tidak lepas dari meminum air akar kayu yang aku beli dari orang kampungku, walaupun rasanya pahit tapi aku rasa bertenaga selepas meminum air ini. Tiga hari pertama selepas aku bersalin, ibuku telah menyiapkan air kunyit yang dicampurkan dengan madu untukku minum kerana menurutnya dalam menyembuhkan luka dalaman. Nasib baik ditambah madu, kalau tidak mustahil dapat ku habiskan air kunyit tersebut.

Aku ini agak aktif orangnya, bila melalui proses berpantang ini, perkara yang aku lemah ialah terpaksa jalan seperti orang Jepun. Bukaan langkah hendaklah kecil, duduk pun tak boleh bersila kena duduk bersimpuh, naik tangga pun perlu perlahan-lahan.

Kebanyakan orang mengamalkan tangas ketika dalam berpantang, tetapi tidak bagiku. Aku lebih menitik beratkan bertungku dan berbengkung. Sehinggakan pada waktu malam juga aku turut berbengkung. Tapi lain orang lain caranya, yang penting pesan ibuku, berpantanglah seboleh yang mungkin kerana ia adalah kunci kebahagiaan suami dan kesihatan diri.

Nota penganjur: Setiap peserta mohon sertakan maklumat berikut,
 
Nama penuh (mengikut kad pengenalan):
Email:
Blog:

Friday, February 5, 2010

Manfaat refleksologi

Teks: Masayu Ahmad



Masyarakat moden hari ini, mula menjadikan refleksologi sebagai saalah satu rawatan kesihatan alternatif. Urutan ini dikatakan mampu mengurangkan tekanan dan mengenalpasti masalah pada sistem tubuh.


Bukti arkeologi di Mesir (2330 SM), China (2704 SM) dan Jepun (690 M) menunjukkan sistem perubatan reflexologi kuno sudah ditemui. Di Barat konsep refleksologi mula muncul pada abad ke-19, berdasarkan kajian ke atas sistem saraf dan refleks.

Secara umum manfaat daripada reflexologi harus dilakukan untuk mengurangkan tekanan dan memulihkan kesihatan. Kerana kaki dan tangan dikatakan memainkan peranan penting mengenalpasti dan memberi isyarat terdapat gangguan terhadap keseimbangan tubuh badan.

Refleksologi dikatakan memberi manfaat untuk mengetahui status kesihatan melalui sistem saraf di telapak kaki. Namun pada masa yang sama, manfaat refleksologi dijadikan sebagai alternatif untuk mencegah dan sebagai pelengkap kaedah rawatan perubatan moden.
Manfaat refleksologi meliputi:


Relaksasi

Pengurangan sakit

Pencegahan untuk masalah kesihatan

Memulihkan kecergasan

Melancarkan aliran darah

Tuesday, February 2, 2010

Persediaan berpantang

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://nilamberkat.blogspot.com/


Fizikal

Anda akan mengalami proses akhir ketika kandungan menghampiri tarikh kelahiran. Sangat perlu untuk memastikan pengambilan pemakanan seimbang, berat badan tidak berlebihan dan juga anda kekal aktif bertenaga.

Untuk memudahkan proses bersalin, anda harus banyak bergerak, berjalan, turun naik tangga. Jangan beri alasan malas sekiranya anda mahukan prose bersalin yang lebih mudah. Selebihnya mudah atau tidak bergantung kepada rezeki. Namun anda masih boleh bersedia dengan menikmati hari-hari teakhir kelahiran dengan melakukan regangan, berjalan perlahan-lahan dan sebagainya.

Mental

Persediaan mental dengan membaca surah-surah pilihan, agar anda sentiasa tenang dan menikmati hari-hari kandungan yang semakin membesar.

Biarkan fikiran sentiasa relaks dan ketika kontraksi pertama berlaku, sematkan dalam diri bahawa masanya sudah tiba, anda harus tempuhi dengan tenang.

Jangan terbawa-bawa kisah dan pengalaman yang kurang menyenangkan perasan. Setiap wanita hamil mengalami keadaan yang berbeza.

Peralatan bayi

Buat senarai peralatan bayi, untuk memudahkan anda tahu apa yang sudah ada dan apa yang belum. Simpan dan letak di satu sudut yang memudahkan anda untuk mengemas kini.

Kelengkapan berpantang

Kelengkapan berpantang, termasuklah barut, bengkung, tungku, ubatan atau jamu untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran. Menyediakan bilik berpantang juga adalah memudahkan anda berehat di bilik khusus tanpa gangguan.

Penjagaan semasa berpantang

Sama ada kelahiran sulung, anak ke dua atau ke tiga, anda perlu membuat persediaan siapa yang akan menjaga anda kelak. Sekiranya berada di rumah mertua, anda boleh selidik lebih awal gaya penjagaan ibu mertua melalui adik beradi, ipar duai atau berbincang sendiri dengan ibu mertua.

Begitu juga sekiranya dijaga suami atau adik beradik, anda boleh berbincang terlebih dahulu apa yang anda mahukan dan juga berdasarkan pengalaman mereka.

Hospital bersalin

Sangat penting menyenaraikan maklumat awal berkenaan lokasi atau tempat bersalin. Senaraikan beberapa lokasi pilihan untuk memudahkan anda ketika berada situasi kecemasan ketika kontraksi atau tanda-tanda bersalin sudah ada.

Informasi wanita hamil dan penjagaan bayi

Maklumat dan info berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi boleh didapati melalui buku-buku, artikel di majalah, laman web kehamilan, perkongsian pengalaman dan juga pertanyaan kepada pakar perbidanan. Gunakan masa yang ada untuk meningkatkan informasi anda berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi, agar memudahkan anda membuat persediaan dengan lebih sempurna dan teratur

Tuesday, January 12, 2010

Saturday, January 9, 2010

Pudina






Sunday, January 3, 2010

rose



Chamomile





Lavender






Bahaya herba tradisi pada ibu

Sumber: Utusan Malaysia


Dr. Azriani Ab.Rahman Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan MasyarakatPusat Pengajian Sains PerubatanUniversiti Sains Malaysia, Kelantan.

ADAKAH anda peminat setia ubatan tradisional? Anda perlu befikir dengan berhati-hati sebelum meneruskan niat untuk mengambil ubatan herba tradisional terutamanya jika anda disahkan berbadan dua.

Ubatan tradisional adalah ubatan yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian daripada bahan aktifnya bersumber daripada tumbuhan ubatan (herba). Ia digunakan dengan tujuan untuk menghalang atau merawat penyakit atau juga untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Ubatan herba diambil sama ada dalam bentuk asal bahagian tumbuhan tersebut seperti buah, bunga, rizom (ubi) atau dalam bentuk air rebusan seperti rebusan akar, batang atau daun atau juga dalam keadaan yang telah diproses di kilang ubatan sama ada dalam bentuk serbuk, ekstrak air atau ekstrak pelarut kimia yang dikeringkan dan dijadikan kapsul, pil herba atau bentuk cecair.

Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (PPSP, USM) menunjukkan bahawa pengambilan ubatan tradisional yang mengandungi tumbuhan herba adalah popular di kalangan wanita hamil di negara ini. Kajian yang dijalankan di sebuah daerah di Kelantan pada 2005 ini menunjukkan 51 peratus daripada 316 wanita yang disoal selidik mengakui mereka mengambil ubatan herba semasa hamil.

Dalam satu kajian berbeza, dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) oleh Puan Law KS dan rakan-rakan antara bulan September dan Disember 2007 menunjukkan 34.3 peratus wanita Melayu yang dimasukkan ke wad antenatal HUSM mengakui mengambil ubatan herba semasa hamil dan 73 peratus daripada mereka mengambilnya semasa bersalin.

Kajian yang dijalankan oleh penulis dan rakan-rakan pada 2005 telah cuba menyelidiki tujuan utama pengambilan ubatan herba tradisional oleh golongan wanita tersebut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, wanita mengambil ubatan herba tradisional boleh dibahagi kepada dua golongan.

Golongan pertama ialah wanita yang mengambil herba sebelum mereka hamil. Hasil kajian menunjukkan bahawa tujuan golongan ini mengambil ubatan herba adalah untuk menjarakkan kelahiran, mengatasi masalah sakit-sakit badan serta membantu meningkatkan kepuasan hubungan kelamin. Di antara herba yang dilaporkan popular untuk memenuhi keperluan tersebut adalah manjakani, kacip fatimah dan mas cotet.

Walaupun mereka mula mengambil ubatan herba sebelum disahkan hamil lagi, ramai yang dengan tidak sengaja telah meneruskan pengambilan ubat herba tanpa menyedari yang mereka telah hamil disebabkan tidak merancang kehamilan. Apabila disahkan hamil, ada yang segera berhenti daripada mengambil ubatan herba. Namun begitu, ketika mereka membuat keputusan untuk berhenti, usia kehamilan telah mencecah beberapa minggu atau bulan.

Golongan wanita yang kedua adalah wanita yang memang mengetahui bahawa diri mereka hamil dan sengaja mengambil ubatan herba khas untuk kehamilan. Di antara ubatan herba tradisional yang menjadi pilihan golongan ini adalah sanggul fatimah, bunga kembang semangkuk yang direbus dan diminum airnya atau minyak kelapa yang dibacakan doa atau disebut 'minyak selusuh' untuk mempermudahkan proses kelahiran.

Ada juga yang beranggapan ubatan herba dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecerdikan janin serta mengatasi masalah lekat uri (retained placenta). Di samping itu, ada juga segelintir wanita yang mengakui pernah mengambil tumbuhan dikenali sebagai pokok celaka untuk menggugurkan kandungan atau melawaskan haid.
Persoalannya, apakah ada kajian yang telah membuktikan keberkesanan ubatan herba untuk tujuan tersebut?
Kesan

PENGAMBILAN ubat moden dan tradisional perlu dipantau bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan ibu dan juga janin yang dikandung.

Setakat ini tiada lagi kajian yang dijalankan di kalangan wanita hamil di negara kita untuk membuktikan keberkesanan herba tempatan dalam memenuhi keperluan dan hasrat tersebut kerana kajian sebegini agak berisiko.

Selain daripada keberkesanan, persoalan yang jauh lebih penting adalah tahap keselamatan ubatan herba tempatan! Jika anda beranggapan bahawa ubatan herba ini sudah tentu selamat daripada kesan sampingan kerana ia adalah daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi, anda tersilap.

Menurut hasil tulisan saudara Husin, A dalam artikelnya bertajuk Adverse effects of herbs and drug-herbal interactions yang diterbitkan di dalam Malaysian Journal of Pharmacy pada 2001, keracunan dan kesan sampingan herba yang pernah dilaporkan kepada Pusat Racun Negara di antara tahun 1995 hingga tahun 2000 meliputi lapan kes pada 1995, tiga kes (1996), lima kes (1997), 11 kes (1998), tujuh kes (1999) dan sembilan kes (sehingga tahun 2000).

Di antara herba terlibat adalah jering, kulat kayu, kecubong, ubi kayu, daun mambu dan 'gel pelangsing'. Kementerian kesihatan Malaysia melaporkan 37 peratus daripada 5,000 pesakit buah pinggang di Malaysia turut dikaitkan dengan penggunaan ubatan tradisional dalam jangka masa panjang.

Walaupun bersumberkan tumbuh-tumbuhan, ubatan herba juga tidak terkecuali daripada kesan yang membahayakan kesihatan kerana beberapa faktor seperti:

tumbuhan itu sendiri mempunyai bahan aktif yang kadang kala boleh memberi kesan toksik atau bahaya kepada ibu mahupun janin. Misalnya, Jus mengkudu dilaporkan mengandungi kandungan garam kalium yang tinggi yang membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang. Garam kalium yang tinggi dalam darah juga boleh mengganggu proses denyutan jantung.

ubatan herba itu boleh tercemar dengan kuman atau logam berat seperti plumbum semasa proses pengambilan, penyimpanan atau proses pemprosesan ubat itu sendiri.

Kementerian Kesihatan melaporkan 95 peratus produk ubatan herba tradisional yang tidak berdaftar mengandungi steroids

Interaksi di antara ubatan herba dan ubatan moden jika diambil pada masa yang sama boleh mengganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubatan moden. Misalnya, ubatan tradisional yang mengandungi salicylic acid boleh berinteraksi dengan ubat aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk menghalang pembekuan darah. Ini boleh mengakibatkan risiko perdarahan terutama jika pesakit mengalami luka atau menjalani pembedahan.

Sebenarnya tidak banyak kajian yang telah dilakukan terutamanya keatas herba-herba tempatan untuk menentukan kesannya kepada janin jika diambil semasa mengandung. Tumbuhan herba mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh menyeberangi uri (plasenta) dan seterusnya meninggalkan kesan kepada janin.

 Keguguran - Kajian ke atas tikus hamil yang dijalankan oleh Profesor Madya Siti Amrah Sulaiman, pensyarah di PPSP, USM menggunakan herba yang biasa diambil oleh Komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan sebagai herba perancang keluarga mendapati herba tersebut boleh menyebabkan keguguran janin kerana bahan aktifnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron yang penting dalam mengekalkan kehamilan .

Kecacatan - Ada wanita yang mengambil herba jika terlewat datang haid dengan tujuan untuk menggugurkan kandungan mereka. Ada yang berjaya, iaitu kandungan tersebut gugur. Namun begitu, tidak kurang juga yang gagal - keguguran tidak berlaku. Janin akan terus hidup dalam rahim ibu dengan pelbagai risiko akibat daripada kesan ubatan herba yang diambil tadi. Salah satu daripadanya ialah risiko kecacatan. Sekiranya ubatan herba diambil dalam tempoh awal kehamilan (3 bulan pertama), bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami kecacatan teruk kerana tempoh 3 bulan pertama ini adalah tempoh di mana anggota utama janin terbentuk. Bahan aktif atau toksik daripada sesetengah ubatan herba boleh mengganggu proses pembentukan anggota janin. Hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof Madya Siti Amrah ke atas tikus hamil turut menunjukkan sejenis herba tempatan yang begitu popular digunakan untuk rawatan darah tinggi, kencing manis dan jantung menyebabkan janin tikus cacat dengan dagu bawah yang kecil (micrognathia) dan kecacatan pada tempurung kepala janin tikus.

Bayi lemas - Ada wanita yang mengambil produk herba tempatan untuk mempercepatkan proses kelahiran bayi. Biasanya mereka akan mengambil herba ini selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan ke atas kerana percaya herba ini boleh membantu mempercepatkan bukaan pangkal rahim. Setakat ini, tiada lagi kajian ke atas herba tempatan untuk membuktikan fakta tersebut! Namun begitu, kajian di negara lain ke atas produk ubatan herba tempatan mereka menunjukkan tumbuhan yang diambil dan dipercayai boleh mempercepatkan proses kelahiran ini memang terbukti mengandungi bahan aktif yang meningkatkan pengecutan rahim yang seterusnya membantu bukaan pangkal rahim. Bagaimanapun, pengambilan herba secara berlebihan berisiko menyebabkan peningkatan pengecutan rahim yang berlebihan dan boleh menyebabkan janin lemas kerana kekurangan oksigen. Jika pengecutan rahim yang berlebihan ini berlaku sebelum kandungan cukup matang, kelahiran 'tidak cukup bulan' boleh berlaku yang akan menimbulkan banyak masalah kepada bayi.

Kematian janin - Mengikut kajian oleh penulis sendiri dan rakan-rakan di sebuah daerah di Kelantan, pengambilan ubatan herba dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan menunjukkan ada kaitan dengan kadar kematian bayi semasa di dalam kandungan atau dalam tempoh 6 hari kelahiran (kematian awal bayi - early neonatal death). Namun begitu, kajian kami turut mendapati pengambilan herba seperti 'minyak kelapa' yang lebih dikenali sebagai 'selusuh' oleh ibu hamil dalam tempoh 3 bulan terakhir kehamilan (trimester ketiga) menunjukkan kaitan pengurangan kadar risiko kematian awal bayi. Walaubagaimanapun kedua-dua penemuan di atas memerlukan kajian lanjutan untuk menentukan kandungan sebenar herba tersebut dan memastikan kesannya ke atas janin.

Waspada
Memastikan sesuatu ubatan tradisional adalah benar-benar selamat sebelum mengambilnya adalah penting kerana kebanyakan ubatan tradisional boleh dibeli di kedai, farmasi atau dipesan daripada bidan kampung atau dibuat sendiri tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor. Sebelum membeli atau mengambil sebarang Ubatan Tradisional, semak maklumat berikut:

perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

maklumat tentang kesan sampingan

maklumat tentang kesan kepada janin

 boleh atau tidak boleh diambil oleh ibu hamil

Langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian kesihatan untuk memastikan ubatan herba selamat kepada pengguna meliputi:

Pendaftaran ubat-ubatan - Di bawah peraturan Kawalan dadah & kosmetik (Control of drugs and cosmetics regulation), sebelum boleh didaftarkan, kementerian telah menetapkan kriteria bahawa produk hendaklah telah diuji dan dipastikan selamat daripada pencemaran kuman, logam berat dan mempunyai label. Pendaftaran adalah penting kerana jika berlaku sebarang kesan sampingan, mudah bagi pihak kementerian untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap produk dan juga pengeluar produk tersebut.

Pemantauan - Bahagian penguatkuasa kawalan dadah (Drug Control Authority) adalah badan yang bertanggungjawab memantau keselamatan ubatan moden (farmaseutikal) atau pun ubatan tradisional. Anda hendaklah memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang kesan sampingan ubat-ubatan jika berlaku. Maklumkan kepada Doktor jika anda mengalami sebarang kesan sampingan daripada Ubatan Tradisional. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan membuat pengesahan mengenai kemungkinan kesan sampingan tersebut. Doktor juga akan membuat laporan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dengan mengisi borang khas yang terdapat di mana-mana hospital atau klinik kesihatan.

Kesimpulannya, keselamatan ubatan herba tempatan masih lagi menjadi tanda tanya kerana hanya sedikit kajian yang telah dijalankan untuk menentukan sama ada ubatan herba tempatan selamat kepada janin. Kajian yang sedia ada, walaupun dijalankan ke atas tikus, telah menunjukkan risiko kecacatan kepada janin. Oleh itu, berhati-hatilah dan ikutilah nasihat berikut:

 seboleh-bolehnya, elakkan mengambil ubatan herba semasa hamil

jika anda masih hendak mengambilnya, pastikan anda mengambil produk yang diiktiraf oleh kementerian kesihatan, ada maklumat yang sahih tentang kesan kepada kehamilan

jika anda mengambilnya dalam keadaan anda tidak hamil, pastikan anda betul-betul merancang kehamilan anda supaya dapat berhenti mengambil sebarang ubat sebelum anda hamil.

Berbincang dan dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang Ubatan Tradisional semasa hamil

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Prof Madya Siti Amrah Sulaiman, pensyarah di Jabatan Farmakologi, PPSP, USM.

Arkib:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hive

Meneroka pasaran halal dunia

Arkib: Utusan Malaysia, 15/12/2009
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

Usahawan 1


Pakcik Harun Baba, pengusaha penternakan burung puyuh sejak 25 tahun lalu, mempunyai dua ladang ternakan puyuh seluas hampir 10 hektar di sekitar Linggi Negeri Sembilan.

Dalam satu-satu musim penternakan dianggar sebanyak 10,000 hingga 50,000 ekor puyuh diternak untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan daging burung itu.

Atas nama mempelbagaikan produk berasaskan daging burung puyuh ini, beliau memperkenalkan menu-menu daging puyuh yang menarik, iaitu Puyuh Goreng, Puyuh Goreng Tepung, Puyuh Madu Berempah sehingga Telur Puyuh Goreng Tepung.

"Berbanding daging ayam, daging burung puyuh mengandungi khasiat pemakanan yang lebih tinggi di samping kandungan kalorinya yang rendah.

"Masakannya juga boleh dipelbagaikan seperti memasak daging ayam, tanpa ramai yang ketahui burung puyuh sebenarnya boleh menjadi ubat kepada sesetengah penyakit, terutamanya lelah atau asma," katanya.

Di samping itu, kata Harun, amalan makan daging puyuh boleh meningkatkan dan menjadi sumber tenaga kepada badan.

Beliau yang mengembangkan perniagaan berasaskan penternakan dan memasarkan daging burung puyuh ini benar-benar ingin pergi lebih jauh dalam sektor ini.

Beliau percaya burung puyuh mampu menjadi alternatif kepada sumber makanan berasaskan ternakan dan untuk itu beliau sedia menyahut apa juga cabarannya.

Usahawan 2

Anda amat mengenali sejenis sapuan pada roti yang berasaskan coklat, iaitu jenama N ini. N satu-satunya produk seumpama itu yang pasarannya cukup meluas di negara ini.

Ramai yang menggemarinya kerana teksturnya yang lembut, lazat dan kanak-kanak begitu menggemarinya.

Namun N adalah produk import dari luar yang berjaya menembusi pasaran umat Islam di negara ini kerana mempunyai standard halal yang dibenarkan.

Namun bagi pengusaha seperti Hishamuddin Shaharom, beliau melihat akan keperluan produk seperti ini perlu dikeluarkan di peringkat tempatan.

"Saya bukan bertujuan menjadi pesaing kepada produk N itu tetapi sekadar memberi alternatif yang lebih baik untuk dipilih oleh para pengguna," katanya yang memperkenalkan Coco V sejak Ogos lalu.

Malah tidak sahaja kekuatannya bergantung kepada keluaran tempatan kerana kilang memprosesnya beroperasi di Pulau Indah, Kelang namun yang lebih utama, jenama Coco V (V untuk Victory) adalah 100 peratus halal.

"Dengan harga yang lebih kompetitif murah berbanding N, Coco V tidak sahaja setaraf dan setanding kualitinya dengan N tetapi sebagai umat Islam adalah menjadi satu kefarduan mendapatkan sumber makanan yang halal. Coco V adalah salah satunya," ujar Hishamuddin.

Usahawan 3

Pernah kita digemparkan baru-baru ini dengan siaran berita mengenai kisah buah betik yang diberikan baja dari najis mughallazah atau lebih tepat najis babi dari sebuah ladang komersial di negeri P.

Walaupun betik adalah buah yang sangat halal dimakan tetapi jika dari aspek pembajaannya begitu 'kotor' adakah kita sanggup 'menikmati' buah tersebut dan menjadi darah daging dalam tubuh kita?

Si pengusaha mungkin tidak ada niat untuk menyakiti hati umat Islam kerana selagi penggunaan baja 'asli' itu memberikan kesan yang cukup baik terhadap peningkatan kualiti buah, soal halal haram bukannya menjadi kepentingannya lagi.

Justeru, soal halal haram dari aspek pembajaan atau sebarang bahan penyubur tanah, penggalak bunga dan buah sehinggalah semburan racun serangga perlulah diambil kira. Apatah lagi dari bidang pertanian menjanjikan pelbagai sumber makanan utama manusia.

Maka syarikat seperti Inspirasi RN Enterprise dari Alor Setar, Kedah mengambil tanggungjawab ini dengan mengeluarkan rangkaian baja yang halal dari perspektif Islam.

Ini termasuklah BIOST (Bio Indah Organic soil Treatment), Bokashi E-M (Baja Organik Bermikrob), Biost-Repella (Baja Siraman & Semburan Daun dengan Pengelak Serangga dan Biost Hormone (Baja Penggalak Akar).

Pengurus syarikat, Muzammil Mohammad berkata, pada asasnya baja-baja keluaran syarikat itu adalah dari hampas tebu yang diproses untuk dijadikan baja untuk apa juga jenis tanaman.

"Baja-baja yang kami keluarkan juga adalah bebas dari penggunaan sebarang bahan kimia yang kadang kala memberi kesan sampingan kepada kesihatan dan sistem ketahanan badan sama ada dari aspek penggunaan sehinggalah pemakanan," katanya.

Menurut beliau, pengeluaran baja yang tidak sahaja halal dan berkualiti wajar mendapat sambutan di kalangan umat Islam bagi memastikan sumber makanan dari hasil tanaman mereka adalah benar-benar suci dan bersih.

"Kami ingin memberi sumbangan yang terbaik kepada umat Islam di samping semua itu dihasilkan berdasarkan pengalaman pengasas pengeluar baja ini, Mohamad Bin Azoddin yang sejak tahun 1974 pernah bertugas di Jabatan Pertanian," katanya.

Usahawan 4

UBAT batuk juga sering dicemari dengan pelbagai isu, terutamanya penggunaan alkohol sebagai salah satu bahan utama dalam penyediaannya. Walaupun untuk tujuan rawatan dan kesihatan, ia bukanlah alasan untuk alkohol diterima dalam Islam.

Namun yang pasti tanpa penggunaan alkohol kita masih mempunyai pelbagai bahan lain yang tidak sahaja halal malah lebih berkesan dalam merawat batuk.

Ini terutamanya penggunaan herba dan tumbuhan-tumbuhan eksotik yang Allah kurniakan kepada manusia untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Syarikat Seikhlas Budi dari Simpang, Taiping, Perak misalnya menawarkan sejenis kaedah rawatan batuk menggunakan kaedah sapu dan aromaterapi kepada mereka yang mengalami masalah batuk.

Kaedah ini dikenali sebagai Aromatherapy plus yang berasaskan tumbuhan Tee Tree dan Lavender.

"Dari umur bayi seawal dua bulan yang mengalami batuk, ubat batuk keluaran syarikat kami ini mampu untuk melegakan kerengsaan dan tidak selesa akibat batuk.

"Dengan kaedah ini, terutamanya kepada bayi itu sendiri kita dapat mengurangkan kesan daripada penggunaan ubat cecair yang kadang kala memberi kesan sampingan," kata Pegawai Pemasarannya, Zulkefley Abdul Ghani.

Menurutnya, ubat yang mudah dibawa ke mana sahaja ini adalah alternatif apabila pesakit mengalami batuk tanpa mengira masa dan tempat.

"Tidak ada sebarang kesan sampingan seperti mengantuk dan sebagainya, malah bau harum Lavender mampu memberikan kelegaan yang lebih kepada pesakit," katanya.

Keempat-empat pengusaha di atas adalah antara sebahagian pengusaha yang mengambil bahagian dalam Persidangan Halal dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IISTHAL 2009) selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway, Subang, Selangor baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja mempamerkan produk-produk keluaran untuk tujuan pengenalan atau promosi tetapi menawarkan lebih banyak produk-produk halal yang boleh menjadi pilihan kepada umat Islam.

Semua ini menunjukkan kesungguhan yang tidak sahaja untuk meraih keuntungan tetapi yang lebih penting bagi memastikan Malaysia sebagai hab halal terkemuka dunia menjadi satu realiti.

Walaupun kita mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai pihak luar bagi merealisasikan matlamat itu namun penyertaan dari anak-anak tempatan tentunya adalah lebih dialu-alukan.

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, untuk kebanyakan negara, industri halal adalah sektor perniagaan yang paling pantas berkembang.

Malaysia sendiri bertuah kerana mempunyai kerajaan yang telah sekian lama komited dalam membangunkan industri halal sama ada di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

"Ia melalui sentiasa bekerjasama dan melebarkan jaringan bagi memastikan perkembangan yang cerah dalam industri ini terutama antara kerajaan dan sektor swasta," katanya semasa merasmikan persidangan itu.

Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan yang bertemakan 'Memperkukuh Industri Halal Malaysia dan Meneroka Peluang-peluang di dalamnya' itu.

Ia dianjurkan oleh Global Islamic Tourism Conference & Exhibition (GITC), Khaaz International, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Pusat Pelancongan Islam.
Menurut Mirza, kini terdapat 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia namun malangnya negara-negara bukan Islam yang lebih mengambil untung dan manfaat dari industri halal ini.

"Bagi mengatasi ini jalan penyelesaiannya adalah mudah, iaitu seluruh negara Islam mestilah secara bersama membangunkan industri ini yang mempunyai perspektif yang sangat luas itu.

"Dengan kata lain, tidak semata-mata bergantung kepada memenuhi keperluan permintaan daging mahupun industri pertanian dan pemakanan tetapi juga segala jenis perkhidmatan yang berasaskan Islam," katanya.