Tuesday, May 26, 2009

Tip kekalkan azam untuk konsisten bersenam



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.kayakpro.com

Setiap kali anda menanam semangat untuk mengekalkan gaya hidup sihat, banyak kali juga anda kecundang di pertengahan jalan. Faktor-faktor persekitaran banyak mendorong anda untuk kekal semula dengan gaya hidup tidak sihat. Senarai tip berikut membantu anda.

Tetapkan matlamat

Perancangan dan catatan pada kalender. Pada bulan Mei 2009 berapa kali dalam seminggu kekerapan anda bersenam. Tidak langsung, sekali seminggu, tiga kali seminggu atau setiap hari. Untuk bulan Jun 2009, anda boleh mencuba kekal konsisten untuk tiga kali seminggu.

Pilih senaman kegemaran

Lelaki mahupun wanita tidak boleh memberi alasan demi alasan yang mengatakan anda terlalu sibuk untuk meluangkan masa untuk bersenam. Setiap orang hanya mempunyai 24 jam sahaja sehari, maka anda perlu membuat azam untuk mencuri masa 30 minit sehari untuk aktiviti mengeluarkan peluh. Aerobik, jogging, badminton, bola sepak, menari adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh anda cuba.

Cari teman

Melakukan aktiviti senaman dalam kumpulan adalah lebih menyeronokkan. Ajak teman rapat, kawan pejabat, adik beradik atau jiran sebelah rumah untuk melakukan senaman bersama anda. Sudah tentunya anda lebih bersemangat dan menyeronokkan.

Mengekalkan berat dan menurunkan berat badan.

Sasaran ini tetap juga sama, senaman adalah adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Kebiasaannya selepas bersenam selera makan akan bertambah dan ia satu bonus bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Bagi yang ingin menurunkan berat badan pula perlu meningkatkan intensiti senaman untuk membakar lebih banyak kalori dalam badan. Pada masa yang sama perlu mengambil makanan seimbang mengikut keperluan kalori tubuh.

Cergas seharian

Kekal aktif setiap hari juga salah satu usaha anda untuk mencapai matlamat kecergasan dan tubuh yang fit. Apabila anda membuka mata pada pagi hari, mulakan rengangan ringan. Pilih naik tangga daripada menggunakan lift. Jarakkan memarkir kereta daripda pejabat, anda berpeluang berjalan kaki jauh sedikit. Pilih untuk membasuh kereta berbanding basuh di kedai.

Wednesday, May 20, 2009

Sakit bila menelan

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
Petikan Arkib: Kosmo

"Kesukaran menelan mendedahkan pesakit kepada risiko kanser esofagus.

KEBELAKANGAN ini Hasan, 56, seperti fobia mahu makan. Bukan kerana paras gula, kolestrol atau tekanan darahnya naik mendadak tetapi dia tidak sanggup berdepan dengan cabaran besar menelan makanan.

Setiap kali menjamu selera, Hasan pasti akan berasa makanannya tersangkut di belakang dada hingga menyebabkan rasa ngilu dan sakit.

Senario yang berlaku pada Hasan merupakan kes yang seringkali dihadapi oleh golongan lanjut usia dan kanak-kanak yang gemar menelan benda asing seperti duit syiling, pin, alat permainan atau objek kecil yang boleh menyekat kerongkong mereka.

Dikenali sebagai disfagia, pesakit akan berdepan dengan kesukaran menelan makanan.

Menurut Profesor Surgeri dan Pakar Pembedahan yang juga Perunding Kanan Pembedahan Am dan Kemasukan Minima, Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Jasmi Ali Yaakub, gejala disfagia ini boleh mengundang rasa sakit dan dalam beberapa kes, pesakit tidak boleh menelan langsung.

“Kebanyakan kes disfagia atau kesukaran menelan tidak begitu membimbangkan. Ia boleh terjadi apabila anda makan terlalu cepat atau tidak mengunyah makanan dengan sempurna.

“Bagaimanapun, jika ia dibiarkan berlanjutan dan kesukaran menelan menjadi semakin serius, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tak kena.

“Bagi golongan lanjut usia, kanser esofagus adalah penyebab utama disfagia,” katanya.

Terang Dr. Jasmi, disfagia terjadi apabila terdapat masalah dengan mana-mana bahagian proses menelan makanan.

“Apabila menelan, lidah menolak makanan ke bahagian belakang kerongkong dan otot-otot akan mengecut dengan cepat.

“Makanan kemudiannya dialihkan melalui farinks iaitu kawasan yang bersambung dari bahagian belakang kerongkong ke bahagian atas esofagus anda.

“Makanan kemudiannya akan bergerak masuk ke dalam esofagus iaitu tiub yang menyambungkan kerongkong ke perut anda.

“Lingkaran otot-otot sfinkter di bahagian atas dan bawah esofagus akan terbuka setiap kali anda menelan makanan untuk membiarkan makanan berlalu dan akan cepat-cepat tertutup.

“Bahagian bawah sfinkter pula akan membenarkan makanan memasuki perut anda dan menyimpan asid perut serta menghalangnya daripada naik semula ke dalam esofagus. Otot-otot di dinding esofagus akan membantu menolak makanan ke arah perut anda,” jelasnya.

Punca

Terdapat pelbagai punca yang boleh mendatangkan kesukaran untuk menelan sama ada di peringkat pangkal kerongkong atau dada.

Antara punca yang dominan ialah proses penuaan, penyakit achalasia iaitu kerosakan sfinkter bawah esofagus dan tumor esofagus.

Bahan asing seperti makanan atau alat permainan juga boleh menyebabkan disfagia, contohnya sebiji gula-gula keras, seketul daging yang besar atau objek-objek lain yang tidak sepatutnya dimasukkan ke mulut.

Bagi orang dewasa yang memakai gigi palsu, mereka terdedah kepada risiko sukar mengunyah makanan dengan betul dan ini bakal memberi risiko berlakunya penyekatan di kerongkong atau esofagus anda. atau objek-objek kecil yang boleh tersekat di kerongkong mereka.


Simptom

Bagi mengenal pasti sama ada anda memiliki penyakit kesukaran menelan ataupun tidak, anda boleh merasainya apabila rasa sakit ketika menelan, langsung tidak boleh menelan, tercekik atau tersedak sewaktu makan.

Perhatikan juga situasi makanan rasa tersekat di kerongkong, dada atau belakang dada dan tekanan atau rasa sakit pada bahagian dada.

Selain itu, simptom disfagia yang lain ialah pesakit muntah atau mengeluarkan semula makanan, sering rasa pedih ulu hati, sering mengeluarkan bunyi gogokan di kerongkong dan kehilangan berat badan luar biasa.

Risiko

Menurut Dr. Jasmi, kes disfagia banyak dilaporkan berlaku di Malaysia namun sekiranya penyakit itu dikenal pasti, ia boleh dirawat.

Bagi penyakit achalasia dan kanser esofagus, kaedah yang biasa digunakan ialah pembedahan.

“Apabila mendapat disfagia, anda tidak dapat mengambil makanan dan minuman yang secukupnya untuk kekal sihat dan kesannya pesakit berisiko untuk mengalami malnutrisi dan dehidrasi.

“Jika makanan atau cecair memasuki rongga udara sewaktu anda cuba untuk menelan, masalah respiratori atau jangkitan akan berlaku seperti pneumonia atau infeksi respiratori,” katanya.

Tambah beliau, jika wujud sesuatu halangan untuk pesakit menelan sehingga mengganggu kelancaran pernafasan, pesakit perlu diberi pertolongan cemas.

“Kesukaran menelan makanan yang sedikit atau jarang berlaku mungkin tidak perlu dirisaukan tetapi jika kesukaran menelan berlanjutan khususnya bagi warga emas ia menandakan masalah yang serius dan boleh membawa kepada kanser esofagus.

“Sekiranya anda mendapati orang sekeliling terutamanya warga emas dan kanak-kanak bermasalah sewaktu menelan, segera bawa mereka berjumpa dengan doktor.

“Ujian khusus dapat mengenal pasti jenis dan sebab disfagia dan merawatnya sebelum lebih melarat,” saran beliau.

Ramping selepas bersalin

Petikan: Harian Metro
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

KEMBALI ramping selepas bersalin antara idaman sebahagian wanita yang mementingkan penampilan. Bahkan anjakan usia dengan perubahan hormon menyebabkan resah memikirkan kesukaran untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelumnya.

Untuk mereka yang mahu mengembalikan bentuk badan asal, Martina Berto (M) Sdn Bhd yang memasarkan produk Sari Ayu Martha Tilaar, merumuskan ramuan herba terpilih bagi membantu mengatasi masalah itu.

“Timbunan lemak pada perut di samping menurunkan kadar lemak dalam darah serta kolestrol menjadi asas Jamu Susut Perut, Kaplet Selangking Singseng dan pelbagai lagi yang dirumus dengan cara tradisi daripada herba terpilih.

“Kebanyakan wanita selepas bersalin bimbang untuk makan banyak. Kajian menunjukkan wanita mengalami ‘kegemukan air’ disebabkan faktor hormon dialami kebanyakan mereka yang berusia.

“Selain itu, masalah kesukaran membuang air turut dialami kerana kurang serat atau pola pemakanan yang salah,” kata Pengarah Urusannya, Tan Chee Keong.


Menerusi pengambilan kapsul terbabit, ia memberi tindak balas cepat dan ramai yang berjaya menurunkan berat badan.

Menurutnya, syarikat yang bertanggungjawab terhadap aspek kecantikan itu berhasrat membantu wanita menjana kecantikan daripada ramuan herba terpilih.

Sari Ayu Martha Tilaar dari Indonesia dilakar sejak 1985 yang terus menjadi pilihan ramai termasuk pengguna di negara ini.

“Sebenarnya dalam aspek kecantikan, produk kami merangkumi pelbagai kategori. Daripada jamu hingga ke kosmetik untuk penggunaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

“Apa yang ingin ditekankan, ujian klinikal turut dijalankan termasuk dalam aspek jamu,” katanya.

Beliau yang berpengalaman luas dalam dunia kecantikan, mengakui wanita harus menitikberatkan kedua-dua aspek iaitu cantik luar dan dalam.

“Tanggapan yang dibuat terhadap kecantikan wanita mungkin berbeza antara individu dengan individu yang lain.

“Pandangan umum menyatakan berpenampilan sehebat model, memiliki kulit mulus, putih atau gebu dengan ketinggian sepadan, menjadi kayu ukur penting dalam melabelkan kecantikan seseorang.

“Yang terpenting buat seseorang wanita adalah menjaga kecantikan dalaman kerana ia akan menyerlahkan luarannya.

“Mungkin ketika di usia 20-an, wanita itu kelihatan menawan tetapi apabila menjelang usia 30-an atau 40-an kerana banyak aspek perlu diberi tumpuan,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, pengguna tidak harus berharap kepada produk semata-mata kerana mereka perlu mempunyai pola pemakanan seimbang dengan umur dan berat badan serta senaman berterusan.

“Apa yang penting, saranan yang tertulis mesti diikut dengan cara betul. Misalnya, kalau pengambilannya dua kali sehari dengan dua kapsul, biarlah saranan itu diikuti.

“Kami tidak mahu apabila ada yang terlalu teruja untuk cepat langsing, mereka membuat perkiraan sendiri dengan pengambilan berlebihan yang boleh memudaratkan diri,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi, Martina Berto (M) Sdn Bhd di talian 03-62503232, talian bebas tol 1800-18-1300 atau e-mel kepada sariayu@martinaberto.com.my.

Risiko penyakit wanita berumur

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Petikan: Utusan Malaysia
ARKIB : 19/05/2009


MENJADI tua adalah hakikat yang perlu dilalui oleh setiap wanita di muka bumi ini. Ia merupakan satu proses semula jadi dalam kitaran hidup manusia.

Kedutan pada wajah, hilang keanjalan kulit dan rambut ditumbuhi uban sememangnya tidak mampu dielak, namun apalah sangat proses penuaan tersebut jika dibandingkan dengan rasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit pada usia 'subsidi' tersebut.

Cara yang baik untuk terus sihat dan cergas, walaupun usia telah meningkat, adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Apa yang penting bagi seorang wanita ialah menjadi sihat dan kekal cantik pada kelas usianya tanpa sebarang penyakit.

Bagaimanapun, kebanyakan wanita berkerjaya sering mengabaikan kesihatan diri sendiri kerana terlalu menumpukan kepada kerja, pasangan dan anak-anak. Amat menyedihkan apabila penyakit yang dihidapi dikesan terlalu lambat dan rawatan agak sukar untuk memulihkan keadaan seperti dulu.

Pokoknya, pilihan terletak pada tangan kita kerana pengesanan awal mampu merubah kehidupan kepada yang lebih baik, bak kata pepatah, 'tepuk dada tanya selera.'

Memahami isu kesihatan wanita

Pepatah 'mencegah lebih baik daripada merawat' memang bertepatan dengan apa yang ingin diuar-uarkan dalam bengkel kesihatan wanita bertajuk Timeless Women, anjuran Weber Shandwick yang disokong oleh Novartis ini.

Dalam membicarakan penyakit serius wanita, terdapat empat peringkat umur yang harus difahami wanita, suami dan anak-anak.

Keempat-empat peringkat ini ialah 18 hingga 30 tahun; 30 hingga 50 tahun; 50 hingga 70 tahun; dan 70 tahun ke atas. Kategori umur masing-masing mempunyai risiko penyakit yang berbeza.

Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar berkata, bagi golongan ibu, terdapat enam penyakit yang sering dihidapi iaitu kanser payu dara, kanser pangkal rahim atau serviks, menopaus, serangan jantung, kehamilan dan osteoporosis.

"Kanser payu dara masih menjadi penyakit utama wanita di seluruh dunia. Ujian mamogram amat disarankan kepada wanita berusia 50 tahun ke atas, bagaimanapun wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidapi kanser payu dara dinasihatkan menjalani ujian ini pada usia antara 40 ke 49 tahun," ujarnya ketika menyampaikan taklimat pada bengkel bertajuk Timeless Woman di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dr. Nor Ashikin berkata, selain mamogram, kaedah pemeriksaan payu dara sendiri (BSE) membantu wanita mengesan keganjilan pada payu dara mereka.

"Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, disusuli dengan lelehan yang keluar dari puting, kadang kala mengandungi darah. Jika ada benjolan, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Usah tunggu benjolan menjadi sakit kerana risiko penyakit bertambah buruk sangat tinggi," ujar Pengasas dan Pengarah Eksekutif Primanora.

Satu lagi penyakit yang digeruni wanita ialah kanser pangkal rahim. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan menunjukkan kanser tersebut merupakan kedua tertinggi dengan jumlah 12.9 peratus atau 20 kes daripada 100,000 penduduk.

Dr. Nor Ashikin berkata, kanser kedua pembunuh wanita ini semakin berisiko seiring dengan penambahan usia seseorang wanita.

"Wanita yang melakukan seks pada usia muda atau mempunyai ramai pasangan dan tidak mempunyai perlindungan ketika mengadakan seks, berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini," katanya.

Dr. Nor Ashikin berkata, barah yang disebabkan oleh kuman human papiloma virus (HPV) ini boleh berada dalam tubuh seorang wanita dari berbulan hingga bertahun-tahun lamanya hinggalah ia bertukar menjadi sel barah.

"Gejala seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seks adalah petanda barah ini. Ada masanya, pendarahan tersebut berlarutan hingga menyebabkan anemia atau penyakit kurang darah.

"Simptom lain adalah seperti kesukaran bernafas, mudah penat dan berbau busuk pada vagina. Jika simptom tersebut berterusan ia boleh melarat pada pundi kencing dan seterusnya mengakibatkan kencing berdarah," jelasnya.

Dr. Nor Ashikin menyarankan wanita yang aktif dalam hubungan seks agar menjalani ujian pap smear yang boleh mengesan sel tidak normal yang mungkin boleh menjadi punca kanser.

Dr. Nor Ashikin menambah, kesihatan organ reproduktif harus dipandang serius oleh setiap wanita kerana pengabaiannya mampu merosakkan kemampuan wanita dalam menjalani seksual yang sempurna.

Dengan pendedahan secukupnya, seorang ibu boleh mula membawa anak perempuannya melalui pemeriksaan pakar ginekologi selepas tiga tahun dia mengalami haid yang pertama.

Pemantauan kesihatan organ reproduktif ini boleh mengenalpasti dan mengesan sekiranya berlaku sesuatu keganjilan pada organ tersebut.

Tidak ketinggalan, seorang ibu yang meningkat usia, akan melalui fasa menopaus. Ia satu proses semula jadi dan penting dalam kehidupan setiap wanita.

"Setiap bayi perempuan yang dilahirkan telah mempunyai beberapa jumlah telur dalam ovarinya. Ovari mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron yang juga merangsang penghasilan haid dan kesuburan.

"Apabila usia meningkat, ovari tidak lagi mengeluarkan telur dan pengeluaran hormon turut terhenti, ketika inilah dikatakan proses menopaus berlaku," jelasnya.

Dr. Nor Ashikin berkata, menopaus adalah proses yang berlaku secara perlahan-lahan dan diiringi beberapa gejala seperti selaran kepanasan, perubahan emosi, kekeringan dan sukar tidur malam.

"Wanita yang telah menopaus selama beberapa tahun berkecenderungan menghidapi penyakit osteoporosis, masalah jantung, lemah pundi kencing, lemah daya ingatan, hilang keanjalan kulit dan otot serta masalah penglihatan," katanya.

Wanita mesti bersedia menghadapinya dan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan proses selepas menopaus.

Selain penyakit yang melibatkan organ wanita, Dr. Nor Ashikin memberitahu, wanita juga berisiko menghidap serangan jantung.

Sakit jantung menjadi faktor utama kematian lelaki dan wanita di seluruh dunia termasuk 22.5 peratus penyebab kematian wanita Malaysia ialah sakit jantung.

"Apabila wanita mencapai umur 50 tahun, dia mudah diserang sakit jantung. Wanita yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, merokok, kandungan kolestrol yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal berisiko menghidap menyakit ini," jelasnya.

Bagi menjaga kesihatan jantung, wanita perlu mengurangkan atau menjauhi asap rokok, menjaga berat badan, bersenam sekurang-kurangnya 30 hingga 40 minit untuk lima kali seminggu, berdiet dan merawat atau kawal aras gula dalam darah (diabetes), kolestrol dan tekanan darah.

Friday, May 15, 2009

Gaya hidup sihat pilihan anda



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://wegohealth.ning.com

Situasi 1

Ketika anda melangkah, meninjau-ninjau dan menjamu mata di kompleks membeli belah, sudah tentunya banyak kelihatan agen-agen pemasaran yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan.

Seorang agen produk mendekati anda, memberikan anda sekeping risalah produk untuk menurunkan berat badan. Dalam hati terdetik, gemuk sangatkah aku. Sudah gemuk agaknya, kalau tidak takkanlah agen tersebut beriya-iya mahu menerangkan produk menurunkan berat badan.

Situasi 2

Aisyah sungguh teruja setiap kali membeli belah untuk membeli pakaian baru. Apa yang pasti koleksi akan bertambah dan mampu bergaya untuk ke pejabat. Memandangkan hari ini masih dalam minggu jualan murah di kompleks membeli belah, Aisyah tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah koleksi pakaian baru.

Setelah tiba di lokasi pilihan, Aisyah terus meluru pada bahagian pakaian wanita. Matanya bersinar-sinar. Dia memilih dan terus memilih. Mencapai mana-mana blouse, pakaian kasual yang berkenan.

Masuk ke bilik persalinan perasaan teruja sudah bertukar menjadi kecewa. Ada baju yang muat-muat sudah menampakkan bentuk tubuhnya yang semakin temban. Lemak tersembul di sana sini nampak begitu kelihatan dan dia tidak nampak menarik apabila berdiri dan berposing di depan cermin.

Aisyah mula memikirkan kenaikan badannya sudah menjadi nyata dan dan melebihi had sepatutnya. Mungkin juga kerana selepas dia meninggalkan senaman dan selalu mengambil makanan segera sejak kebelakangan ini.

Aisyah meletak kembali semua pakaian yang diambil. Dia terus melangkah ke bahagian pakaian sukan. Mahu kembali aktiviti menyihatkan dan menurunkan semula berat badannya kembali kepada berat ideal.

Situasi 3

Azman seorang berpenampilan menarik dan menitikberatkan kesihatan dan pemakanan. Ketika sebelum berkahwin dialah jejaka segak yang menjadi pujaan wanita. Namun itu semua hanya tinggal memori indah yang selalu terbayang di fikiran.

Sejak berkahwin tiga tahun lepas, beratnya semakin bertambah. Malah perutnya semakin maju ke depan. Istilah jejaka segak dan bergaya sudah lama lupus. Mempunyai isteri yang pandai memasak dan bijak melayan keinginannya, membuatkan Azman gembira dengan kehidupan yang dimiliki. Namun kenaikan berat badannya yang semakin kronik menyebabkan Azman mula memikirkan mahu kembali menjaga kesihatan seperti rutin sebelum berkahwin

Tiga situasi di atas mungkin juga pernah dialami anda. Namun sejauhmana sebab dan penyebab anda boleh merungkai melalui tip berikut.

Baca selanjutnya di www.masayu-ahmad.com

Monday, May 11, 2009

Salun destinasi rawat dan rehat



Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.loewsproperties.net

Dilahirkan sebagai wanita adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kecantikan sudah tentunya tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap wanita. Trend mendapatkan perkhidtaman salun bukan lagi perkara luar biasa, kini wanita boleh memanjakan diri dengan bajet yang berpatutan. Senarai semak berikut membantu anda sebelum berkunjung ke salun.

Tengok bajet dan kocek

Sudah lama anda menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan muka. Masih tergiang-giang di telinga anda rakan-rakan sepejabat yang bercerita betapa enaknya wajah diurut lembut dan membuatkan mata terpejam dan lena seketika.

Baca selanjutnya di www.masayu-ahmad.com

Aktiviti kesihatan setempat

Sertai aktiviti kesihatan di kawasan anda. Khidmat masyarakat ini dibawakan oleh www.masayu-ahmad.com.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Karnival Kesihatan Perlis 2009

23- 24 Mei 2009, Sabtu - Ahad Penganjur : JABATAN KESIHATAN NEGERI, PERLIS
Lokasi : Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Aktiviti : Occupational Health for Healthcare Professionals

27 Mei 2009, Rabu Penganjur : PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA
Lokasi : Pyramid Convention Centre, Sunway

Aktiviti : Occupational Health for Health Care workers semin
28 Mei 2009, Khamis
Penganjur : PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA
Lokasi : Damai Puri Resort & Spa Kuching

Wednesday, May 6, 2009

www.masayu-ahmad.com

Alhamdulillah saya kini sudah mempunyai laman web rasmi.


Anda boleh melayari Masayu-ahmad.com yang kini sudah 90% untuk siap sepenuhnya.

Tuesday, May 5, 2009

Ubah kebiasaan untuk pulihkan stres!



1. Usahakan tidak membebankan fikiran dengan masalah. Cari penyelesaian dengan rasional. Alihkan fikiran yang stres dengan berlari-lari perlahan di kawasan taman, menyedut udara segar pagi hari dan mengambil makanan berkhasiat.

2. Gunakan lima minit sebelum memulakan tugas dan sebelum habis kerja. Gunakan masa ini untuk mengemaskan ruang meja kerja yang berselerak. Ambil masa lima minit menarik nafas dan meregangkan otot, sebelum anda memecut untuk pulang ke rumah,tugas seterusya melambai-lambai untuk dikerjakan.

3. Buat kelainan dalam dekorasi rumah anda. Tukar warna lembut untuk bilik tidur, tempat anda beristirehat. Jika ada bajet lebih, tukar warna cat yang lebih menyegarkan dan mendamaikan. Pilih hanya dua warna asas, gunakan teknik gabungan seperti pink-putih, hijau-kuning lembut, biru-putih. Ini memberi persekitaran tenang dalam kediaman. Usahakan untuk menimimakan perabot, buang hiasan remeh temeh yang menyerabutkan pemandangan. Ruang kediaman akan kelihatan luas, bersih, selesa dan mendamaikan. Ini membuatkan anda mahu berlama-lamaan di rumah sendiri. Jika berada di tempat kerja ada naluri mahu pulang segera untuk beristirehat. Rumah lama tetapi penataan baru, tidak perlu buang duit untuk bercuti di tempat jauh.

4. Kebersihan adalah kunci utama kesihatan. Buat rutin pembersihan bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Jangan biarkan labah-labah menjadikan lokasi kediaman anda sebagai tempat bersemadi. Sambil mandi, gunakan lima minit untuk menyental bilik air. Jika setiap hari dilakukan bilik air anda akan sentias suci daripada noda-noda kotor yang bertempet. Sudah tentunya anda dapat mandi dengan selesa.

5. Jika anda suami isteri belum memiliki anak, sudah tentunya kerja rumah tidak terlalu kompleks untuk diselesaikan. Tetapi jika sudah anak-anak kecil yang berderet sudah tentunya memenatkan. Kerjasama mengagihkan tugas memerlukan komitmen agar rumah anda sentiasa kemas. Boleh buat senarai tugasan dan pengagihan yang adil. Bagi keluarga yang sudah mempunyai anak-anak yang sudah remaja, boleh serahkan tugas mengikut kesukaan dan keselesaan mereka.



Foto: http://homepic.blog41.fc2.com