Tuesday, May 26, 2009

Tip kekalkan azam untuk konsisten bersenam



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.kayakpro.com

Setiap kali anda menanam semangat untuk mengekalkan gaya hidup sihat, banyak kali juga anda kecundang di pertengahan jalan. Faktor-faktor persekitaran banyak mendorong anda untuk kekal semula dengan gaya hidup tidak sihat. Senarai tip berikut membantu anda.

Tetapkan matlamat

Perancangan dan catatan pada kalender. Pada bulan Mei 2009 berapa kali dalam seminggu kekerapan anda bersenam. Tidak langsung, sekali seminggu, tiga kali seminggu atau setiap hari. Untuk bulan Jun 2009, anda boleh mencuba kekal konsisten untuk tiga kali seminggu.

Pilih senaman kegemaran

Lelaki mahupun wanita tidak boleh memberi alasan demi alasan yang mengatakan anda terlalu sibuk untuk meluangkan masa untuk bersenam. Setiap orang hanya mempunyai 24 jam sahaja sehari, maka anda perlu membuat azam untuk mencuri masa 30 minit sehari untuk aktiviti mengeluarkan peluh. Aerobik, jogging, badminton, bola sepak, menari adalah aktiviti menyeronokkan yang boleh anda cuba.

Cari teman

Melakukan aktiviti senaman dalam kumpulan adalah lebih menyeronokkan. Ajak teman rapat, kawan pejabat, adik beradik atau jiran sebelah rumah untuk melakukan senaman bersama anda. Sudah tentunya anda lebih bersemangat dan menyeronokkan.

Mengekalkan berat dan menurunkan berat badan.

Sasaran ini tetap juga sama, senaman adalah adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Kebiasaannya selepas bersenam selera makan akan bertambah dan ia satu bonus bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Bagi yang ingin menurunkan berat badan pula perlu meningkatkan intensiti senaman untuk membakar lebih banyak kalori dalam badan. Pada masa yang sama perlu mengambil makanan seimbang mengikut keperluan kalori tubuh.

Cergas seharian

Kekal aktif setiap hari juga salah satu usaha anda untuk mencapai matlamat kecergasan dan tubuh yang fit. Apabila anda membuka mata pada pagi hari, mulakan rengangan ringan. Pilih naik tangga daripada menggunakan lift. Jarakkan memarkir kereta daripda pejabat, anda berpeluang berjalan kaki jauh sedikit. Pilih untuk membasuh kereta berbanding basuh di kedai.

No comments: