Sunday, October 25, 2009

Kenali dan tangani tekanan

Teks: Masayu Ahmad

Tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Tekanan merangkumi tekanan, beban, konflik, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hidalang daya yang biasa berlaku apabila berlaku perubahan pada tubuh dan fikiran.

Punca tekanan

Peribadi-keyakinan diri, kerjaya, rendah diri, putus asa

Membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang sudah berjaya membuatkan anda rendah diri. Sama ada kejayaan berbentuk peribadi atau kerjaya, setiap orang mempunyai kekuatan dan keistimewaan sendiri. Jangan mudah putus asa jika kejayaan yang anda miliki tidak standing dengan rakan seusia anda.

Keluarga- masalah rumahtangga, kewangan, anak

Berdepan dengan kos hidup yang meningkat, memerlukan keseimbangan dalam semua perkara. Peribadi, kerjaya dan keluarga. Justeru apabila berdepan dengan masalah kewangan, rumahtangga dan anak, anda perlu bijak mengawal punca masalah agar tidak berhadapan dengan tekanan yang tidak boleh dikawal.

Bersambung…

Wednesday, October 21, 2009

Masalah kecantikan dan obesiti

Teks: Masayu Ahmad

Pelbagai istilah masalah kecantikan begitu merunsingkan wanita yang terlalu obses kepada kesempurnaan. Perut buncit, lengan mengeleber, kulit tidak bermaya, badan gemuk, selulit di sana sini adalah contoh permasalahan yang seringkali menjadi topik perbincangan.

Topik ini adalah topik yang seringkali menjadi menu utama perbualan, keluhan dan perkongsian pengalaman. Perasaan bangga terselit apabila berjaya menurunkan beberapa kilogram dalam beberapa tempoh. Sudah tentunya berita gembira ini perlu dikongsi dengan rakan-rakan.

Kadangkala akibat terlalu teruja dengan penurunan yang sedikit, setiap kali juga makanan dijadikan sebagai hadiah untuk diri sendiri. Untuk beberapa ketika jika dirasakan berat badan naik semula, maka mulalah berdiet kembali. Berpantang makan jika dirasakan perlu dan kembali berselera apabila pakaian mudah longgar. Situasi inilah banyak dijadikan amalan.

Tempoh berpantang bagi seorang wanita adalah salah satu cara untuk mendisplinkan diri dalam penjagaan kesihatan dan berat badan. Bagi yang bersungguh-sungguh, inilah cara terbaik untuk mendapatkan semula bentuk badan idaman.
Selama tempoh 44 hari dan ditambah pula 100 hari berikutnya adalah satu perjalanan disiplin yang sangat bagus dijadikan permulaan amalan kesihatan sepanjang hayat. Hasilnya bukan sahaja kembali langsing bertenaga malah berseri-seri dengan penampilan baru. Itu bagi anda yang begitu komited dan berdisplin, tetapi sebaliknya bagi yang kurang tahap kesabarannya dalam soal berpantang, maka kekallah gemuk sehingga habis pantang.

Semasa berpantang wanita tidak digalakkan mengambil makanan berlemak, berminyak dan tidak boleh mengambil dalam kuantiti yang banyak. Berurut, bertungku, bertangas dan berbengkung menguatkan lagi usaha untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang asal. Pengambilan air suam yang ditambah halia sangat mujarab melancarkan dan membuang sisa toksin dalam badan. Amalan tradisional sebegini boleh juga dipraktikkan bagi mereka yang sudah ketandusan usaha mengembalikan semula bentuk badan.

Setelah dikomersialkan, bersauna dan berurut boleh dilakukan di pusat kecantikan. Manakala banyak herba-herba dan losyen pembakar lemak untuk menggantikan perahan limau dan kapur yang dioles pada bahagian bermasalah. Biasanya kapur dan perahan limau dicampur dan disapu rata pada bahagian perut dan pinggul dan dililit dengan bengkung, bertujuan membakar lemak merampingkan pinggang. Kaedah yang sama dimodenkan, badan diurut dan disapu krim khas kemudian dibalut dengan plastik khusus selepas 30 minit lazimnya dilakukan sebelum bersauna. Cara lama masih boleh diamalkan.
Pelansingan

Memberi fokus kepada sasaran pelanggan yang ingin menurunkan berat badan, mengembalikan semula bentuk badan yang asal dan menurunkan berat badan ke tahap berat badan ideal. Pengurusan bisnes ini memberi tumpuan kepada anilisis masalah pelanggan, memilih rawatan yang sesuai, produk yang sesuai dan sesi kaunseling semasa proses rawatan dan selepas rawatan

Rata-rata pelanggan yang ingin mengembalikan semula berat badan terdiri daripada wanita selepas bersalin, lelaki yang sukar mengamalkan gaya hidup sihat, wanita yang ingin mendirikan rumah tangga dan membuat persediaan untuk majlis-majlis tertentu. Namun sasaran pelanggan adalah wanita yang mampu dari segi kewangan dan ingin menyerahkan kepada pakar agar tubuh idaman menjadi kenyataan.

Contoh-contoh Pusat Pelansingan Badan yang sudah dikenali seperi Body Weight Management, Slimming Santuary, Mayfair Beauty dan beberapa jenama pusat pelansingan terkemuka.

www.masayu-ahmad.com
www.naufalsayang.blogspot.com

Thursday, October 1, 2009

Kaedah berpantang

Terdapat banyak pilihan untuk berpantang. Selalunya wanita muda yang pertama kali berpantang agak keliru untuk mengikut yang mana satu pilihan kaedah pantang yang sesuai

Cara tradisional

Selalunya bagi mereka yang masih mempunyai ibu atau mertua yang masih mengamalkan adapt dan kaedah berpantang mengikut disiplin tradisional melayu. Bagi kelahiran sulung biasanya masih terikat dengan disiplin yang ketat selama 44 hari berpantang.

Ibu atau ibu mertua boleh dijadikan rujukan utama untuk anda mengetahui kaedah penjagaan sesuai selama 44 hari. Sekiranya ada perkara-perkara yang pelik yang tidak masuk akal dan logic anda perlu diamkan sahaja. Jangan menentang kerana mereka sudah mengamalkannya sejak azali lagi. Sebaliknya anda boleh menyelidik melalui pakar perbidanan, doktor, bidan moden atau buku-buku rujukan bersesuaian.

Biasanya penyediaan makanan, teknik rawatan dan juga penjagaan diri dalam tempoh tersebut amatlah diambi perhatian.

Tumpukan perhatian kepada diri anda dan pada masa yang sama ambil seberapa banyak ilmu daripada orang-orang tua.

Bertungku, berbarut, berbengku, berurut kaedah tradisional yang masih releven diamalkan untuk mengembalikan bentuk tubuh.

Makanan jamu dan diet ketat juga salah satu rahsia mengapa wanita dulu-dulu kekal ramping walaupun sudah ada mempunyai bilangan anak yang ramai

Cara moden

Sauna, mandi wap adalah salah satu keadah rawatan yang boleh digunakan dalam pantang. Ianya bukan sahaja boleh melancarkan perjalanan darah, malah memudahkan proses membuang angin.

Penggunaan krim herba kini yang sudah dikomersialkan jug sudah banyak pilihan. Jika dahulu kapur yang diperah limau digunakan untuk diletakkan di kawasan perut dan pinggul. Kini sangat mudah hanya sapukan sahaja krim atau losyen yang bertindak untuk membakar lemak.

Malah sudah banyak pilihan untuk mendapatkan set rawatan bersalin yang mempunyai ubatan dan jamu dalam set lengkap berpantang. Pelbagai jenama dan pilihan.

Jika dahulu banyak bergantung dengan rebusan akar kayu dan sumber bahan semulajadi yang asal.
Selain itu juga wanita kini boleh memilih untuk ke salun atau spa yang menyediakan pakej untuk rawatan ibu selepas bersalin. Amat mudah dan anda hanya menyediakan peruntukan bajet mengikut kemampuan. Boleh dilakukan selepas 44 hari dalam pantang atau 10 hari terakhir dalam pantang. Bergantung kepada kesihatan dan pegerakan si ibu.

Gabungan moden dan tradisional

Keadah ini sangat bagus jika anda dapat menggabungkan kaedah tradisional dan moden. Kedua-duanya sangat baik untuk manfaat tubuh badan semasa berpantang.

Pilih yang mana yang lebih sesuai dengan anda. Contohnya cara tradisional emilih kaedah bertungku dan digabung dengan bersauna iaitu rawatan moden adalah satu cara untuk mengembalikan kesegaran dan membuang angin badan.