Thursday, October 1, 2009

Kaedah berpantang

Terdapat banyak pilihan untuk berpantang. Selalunya wanita muda yang pertama kali berpantang agak keliru untuk mengikut yang mana satu pilihan kaedah pantang yang sesuai

Cara tradisional

Selalunya bagi mereka yang masih mempunyai ibu atau mertua yang masih mengamalkan adapt dan kaedah berpantang mengikut disiplin tradisional melayu. Bagi kelahiran sulung biasanya masih terikat dengan disiplin yang ketat selama 44 hari berpantang.

Ibu atau ibu mertua boleh dijadikan rujukan utama untuk anda mengetahui kaedah penjagaan sesuai selama 44 hari. Sekiranya ada perkara-perkara yang pelik yang tidak masuk akal dan logic anda perlu diamkan sahaja. Jangan menentang kerana mereka sudah mengamalkannya sejak azali lagi. Sebaliknya anda boleh menyelidik melalui pakar perbidanan, doktor, bidan moden atau buku-buku rujukan bersesuaian.

Biasanya penyediaan makanan, teknik rawatan dan juga penjagaan diri dalam tempoh tersebut amatlah diambi perhatian.

Tumpukan perhatian kepada diri anda dan pada masa yang sama ambil seberapa banyak ilmu daripada orang-orang tua.

Bertungku, berbarut, berbengku, berurut kaedah tradisional yang masih releven diamalkan untuk mengembalikan bentuk tubuh.

Makanan jamu dan diet ketat juga salah satu rahsia mengapa wanita dulu-dulu kekal ramping walaupun sudah ada mempunyai bilangan anak yang ramai


Cara moden

Sauna, mandi wap adalah salah satu keadah rawatan yang boleh digunakan dalam pantang. Ianya bukan sahaja boleh melancarkan perjalanan darah, malah memudahkan proses membuang angin.

Penggunaan krim herba kini yang sudah dikomersialkan jug sudah banyak pilihan. Jika dahulu kapur yang diperah limau digunakan untuk diletakkan di kawasan perut dan pinggul. Kini sangat mudah hanya sapukan sahaja krim atau losyen yang bertindak untuk membakar lemak.

Malah sudah banyak pilihan untuk mendapatkan set rawatan bersalin yang mempunyai ubatan dan jamu dalam set lengkap berpantang. Pelbagai jenama dan pilihan.

Jika dahulu banyak bergantung dengan rebusan akar kayu dan sumber bahan semulajadi yang asal.
Selain itu juga wanita kini boleh memilih untuk ke salun atau spa yang menyediakan pakej untuk rawatan ibu selepas bersalin. Amat mudah dan anda hanya menyediakan peruntukan bajet mengikut kemampuan. Boleh dilakukan selepas 44 hari dalam pantang atau 10 hari terakhir dalam pantang. Bergantung kepada kesihatan dan pegerakan si ibu.

Gabungan moden dan tradisional

Keadah ini sangat bagus jika anda dapat menggabungkan kaedah tradisional dan moden. Kedua-duanya sangat baik untuk manfaat tubuh badan semasa berpantang.

Pilih yang mana yang lebih sesuai dengan anda. Contohnya cara tradisional emilih kaedah bertungku dan digabung dengan bersauna iaitu rawatan moden adalah satu cara untuk mengembalikan kesegaran dan membuang angin badan.

3 comments:

yginsaf4 said...

ghitewww..

ComeyBelako said...

bakpo lamo benar tok update nih? gi mano ?

Masayu Ahmad said...

ComeyBelako

;D sibuk betul tuan rumah nih,,tak sempat nk masukkan entri kt sini..nanti kita update