Wednesday, April 18, 2012

Perlancongan kesihatan

Teks: Masayu Ahmad

Salah satu terapi apabila penat bekerja adalah dengan bercuti-cuti, atau mendapatkan tempat rehat dan rawat. Banyak sekali pilihan penginapan percutian yang menawarkan pakej spa. Banyak hotel, resort kini menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan dan kecantikan.

Saya ingin berkongsi satu destinasi Spa, jika bercuti ke Kelantan. Hanya lima minit dari zon komersial Wakaf Che Yeh, berhadapan dengan lokasi Radio Kelantan FM.

Antara rawatan yang boleh didapati di sini:

Rawatan kaki,

Rawatan badan

Tuesday, April 17, 2012

Buang racun tubuh untuk impak gaya hidup sihat

Teks: Masayu Ahmad


Detoksifikasi adalah satu cara untuk mengeluarkan racun daripada tubuh dan memulihkan semula keseimbangan dalaman tubuh.

Penyebab utama racun yang berkumpul di dalam badan ialah pengaruh mengambil makanan segera, bahan pengawet, gaya hidup stress. Keadaan ini menyebabkan sistem dalaman tubuh menyerap bahan-bahan kimia dan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat, sistem pembuangan kurang lancar, cepat stress dan mudah mengalami kenaikan berat badan.

Secara semulajadi badan sudahpun mennyahkan bahan-bahan beracun melalui sistem pembuangan. Namun sesetengah makanan yang mempunyai bahan kimia dan bahan pengawet akan menyerap masuk ke dalam tubuh dan sukar dikeluarkan.

Mengeluarkan racun tubuh perlu dilakukan secara konsisten sepanjang hayat sama ada melalui pemakanan seimbang, berolahraga dan mengamalalkan gaya hidup sihat.

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membuang racun. Antaranya ialah berpuasa, terapi meminum air, mengambil jus buah segar, mengeluarkan peluh melalui aktiviti bersukan.

Melalui detoks mampu memulihkan semula metabolisme badan yang terganggu. Antara manfaat lain mampu memulihkan stres, memberi impak tidur lena, kulit lebih segar dan sihat, meningkatkan sistem imun tubuh dan meningkatkan sisem imuniti badan.

Semua orang boleh sahaja melakukan detoks kecuali wanita mengandung, menderita penyakit kronik, sedang mengikuti rawatan perubatan dan juga wanita menyusukan anak. Program detoks boleh dilakukan tiga hari berturut-turut atau sehingga tujuh hari. Antara kaedah popular untuk membuang racun badan melalui urutan refleksologi dan bekam.