Tuesday, April 26, 2011

6 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/6produkkosmetikdikesanmengandungiracunberjadual/Article

20 April 2011

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).


"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata, dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA

Panduan penggunaan produk kosmetik


Teks: Masayu Ahmad

Produk berasakan organic adalah salah satu produk yang selamat agar memberi kesan lebih selamat untuk jangka masa panjang. Banyak lambakan produk di pasaran yang memperkenalkan pelbagai produk kosmetik berasakan teknologi moden untuk menyelesaikan masalah kulit bermasalah, melambatkan penuaan dan juga memutihkan kulit. Panduan berikut membantu untuk memilih dan membeli produk agar tidak member kesan kesihatan kepada pemakai.


Kandungan berbahaya

Sesetengah produk mengandungi bahan yang berbahaya yang tidak dibenarkan oleh pihak yang mengawalnya contohnya di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahan seperti hidrokuinon adalah contoh bahan yang dimasukkan di dalam produk untuk mempercepatkan kesan produk untuk jangka masa pendek. Tetapi ia member kesan sebaliknya seperti menyebakan kulit menjadi lebih sensitive dan rosak. Juga bahan seperti merkuri di dalam produk boleh menyebabkan kanser dan radang otak kerana zat tersebut larut di dalam peredaran darah.

Alcohol Free

Alkohol di sini merujuk kepada ethyl alcohol. Walaupun tertulis bebas alcohol. Masih lagi mengandungi alcohol jenis lain seperti lanolin alcohol, stearyl, cetearyl, cetyl dan sebagainya. Ia mempunyai kesan yang berbeza terhadap kulit contohnya boleh menyebabkan iritasi, kekeringan dan sebagainya.


Hypoallergenic cosmetic
Ia bermaksud kandungan terdapat dalam losyen pemutih kulit yang tidak member kesan alergi atau kesan sampingan yang lain. Namun tiada prosedur yang standard yang boleh memastikan sesuatu produk tidak menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.



Penyimpanan selamat
Produk kosmetik sebagaimana juga seperti ubatan mempunyai kaedah penyimpanan yang sesuai pada suhu yang dibenarkan. Contohnya tidak menyimpan di tempat terlalu sejuk, atau tempat yang panas, atau dalam kenderaan yang mempunyai pengaruh suhu apabila kosmetik di simpan di dalam kenderaan. Ia boleh member eksan jangka masa panjang apabila berlaku perubahan pada produk yang kemudiannya disapu pada permukaan kulit atau wajah.

Thursday, April 14, 2011

Gula


pic: google

Apa itu Gula

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Gula akan memberi sumber tenaga segera kepada badan kerana ianya mengandungi 99.9% karbohidrat dan setiap gram membekalkan 4 kalori tenaga. Kalori ini akan disimpan sebagai lemak jika tidak digunakan.

Adakah badan kira perlukan GULA?

TIDAK PERLU LANGSUNG!!
Ini kerana semua keperluan khasiat tubuh diperolehi daripada proses pemecahan makanan karbohidrat di dalam badan. Ini bermakna kita tidak perlu mengambil walaupun sesudu gula putih mahupun perang sebagai tambahan dalam makanan. Pengambilan gula secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan.

Dimana Terdapatnya Gula?
Secara Semulajadi
  • Buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu
Secara tersembunyi
  • Makanan yang diproses, kuih-muih tradisional, minuman bergas atau kordial, iaskrim, manisan dan madu.
Jangan Terpedaya!!

Gula turut diberi nama lan pada label makanan dan minuman seperti Sukrosa, Glukosa, Dekstrosa, Maltosa, Fruktosa, Sirap Jagung dan Sirap Pekat.

Keperluan Gula Dalam Sehari

Keperluan gula adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk gula ditambah atau tersembunyi

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan akan mengakibatkan:

lebihan berat badan dan obesiti (kegemukan). Ini akan meningkatkan risiko:
  • Diabeters
  • Penyakit Jantung
  • Stroke
  • Pereputan gigi (karies gigi)
  • Kanak-kanak menjadi terlalu aktif (Hyperaktif)

Tekanan darah tinggi


Sumber: Risalah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung

Bagaimana tekanan darah diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:

120/80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-rubah mengikut keperluan badan. Jika tekanan darah adalah tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah yang sebenar.

Apa dia tekanan darah tinggi?
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untyk suatu jangka masa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah optima:
130/80 mmHg

Tekanan darah tinggi:
Lebih daripada 130/85 mmHg. Misalnya jika tekanan melebihi 180/110 mmHg. Kadar terkanan darah adalah terlalu tinggi.

Kenapa perlu mengerahui tentang darah tinggi?
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda  mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah secara berkala

Apakah akibat tekanan darah tinggi?

Jika tekanna darah anda kekal tinggi. Ia boleh menyebabkan serangan jantung, angin ahmar, kegagalam jantung, kerosakan buah pinggang.

Jika tekanan darah anda optima (130/80 Mmhg)
Anda perlu terus mengawal tekanan darah dengan cara:

Memeriksa tekanan darah secara berkala:
  • 2 kali setahun jika kadarnya normal.
  • Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
Jangan merokok.
Jika merokok, nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salur nadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan:
  • Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
  • Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
Jika anda menghidap tekanan darah tinggi
  • Makan ubat secara berkala seperti dinasihatkan.
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/ pegawai farmasi
  • Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal darh tinggi
Mengamalkan cara hidup sihay
1. Kekalkan berat badan unggul
2. Bersenam secara berkala
3. Elakkan pengambilan alkohol