Thursday, April 14, 2011

Tekanan darah tinggi


Sumber: Risalah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung

Bagaimana tekanan darah diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:

120/80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-rubah mengikut keperluan badan. Jika tekanan darah adalah tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah yang sebenar.

Apa dia tekanan darah tinggi?
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untyk suatu jangka masa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah optima:
130/80 mmHg

Tekanan darah tinggi:
Lebih daripada 130/85 mmHg. Misalnya jika tekanan melebihi 180/110 mmHg. Kadar terkanan darah adalah terlalu tinggi.

Kenapa perlu mengerahui tentang darah tinggi?
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda  mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah secara berkala

Apakah akibat tekanan darah tinggi?

Jika tekanna darah anda kekal tinggi. Ia boleh menyebabkan serangan jantung, angin ahmar, kegagalam jantung, kerosakan buah pinggang.

Jika tekanan darah anda optima (130/80 Mmhg)
Anda perlu terus mengawal tekanan darah dengan cara:

Memeriksa tekanan darah secara berkala:
  • 2 kali setahun jika kadarnya normal.
  • Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
Jangan merokok.
Jika merokok, nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salur nadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan:
  • Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
  • Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
Jika anda menghidap tekanan darah tinggi
  • Makan ubat secara berkala seperti dinasihatkan.
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/ pegawai farmasi
  • Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal darh tinggi
Mengamalkan cara hidup sihay
1. Kekalkan berat badan unggul
2. Bersenam secara berkala
3. Elakkan pengambilan alkohol

No comments: