Friday, November 27, 2009

27 produk kosmetik berbahaya

Sumber: Berita Harian Online 28 Disember 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan penggunaan 27 produk yang dinotifikasi sebagai bahan kosmetik tetapi digunakan untuk tujuan perubatan dan rawatan, termasuk diguna untuk menitis dalam hidung atau mata.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam kenyataan semalam, mengingatkan orang ramai jangan membeli barangan kosmetik ini kerana mungkin memudaratkan kesihatan.

Katanya, produk untuk rawatan perlu dihasilkan dalam persekitaran kilang steril dan dikawal oleh Kementerian Kesihatan sebagai produk farmaseutikal.

Antara produk dibatalkan notifikasi kerana diguna di luar takrifan kosmetik ialah Toner Mata Permata Hijrah Ainun 12.90, Toner Mata Permata Hijrah Ainun 29.90, Toner Mata Permata Hijrah Ainun 59.90 dan Permata Hijrah Toner Hidung 9.90.

Ainun Syifa Toner Mata, Ainun Toner Mata, Aifun Toner Hidung Seduan, Mahligai Selasih Toner Mata, Medi Sunnah Toner Mata, Permata Hijrah Ainun Toner Mata, Toner Hidung (Nombor Notifikasi NOT07090197KE) dan Toner Hidung (Nombor Notifikasi NOT07123428KE).

Toner Hidung Anfun Syifa, Toner Hidung Seduan, Toner Mata, Toner Mata Ainun Syifa, Toner Mulut Fahmun Syifa, Alkaline Therapy Pearl Extract I, Alkaline Therapy Pearl Extract IV, Alkaline Therapy Pearl Extract II dan Alkaline Therapy Pearl Extract III. Turut disenaraikan Alkaline Therapy Pearl Extract V, Alkaline Therapy Pearl Extract VI, Ainun Taharah Eye Spray Neutral Therapy I, Ainun Taharah Eye Spray Neutral Therapy II, Ainun Taharah Eye Spray Day & Night I dan Ainun Taharah Eye Spray Day & Night II.