Tuesday, September 25, 2012

Khasiat Habbatusauda

Teks dan foto: Masayu Ahmad


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.


Habbatusauda sejenis tumbuhan berbentuk rumput kecil, mempunyai batang, mengeluarkan bunga berwarna biru. Terdapat di dalamnya biiji Habbatusauda. Tumbuhan ini banyak terdapat di negara Arab. Dikenali juga dengan nama Habbatussauda (Syam, Mesir), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau lack Cumin.

Ciri-ciri
-Terdapat 67 kandungan bahan aktif, bahan ini mmebantu menyembuhkan pelbagai penyakit.
-Antara bahan-bahan di dalam kandungan Habbatus Sauda, Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
-Habbatusauda boleh dijadikan suplimen atau ubat yang membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh, membersihkan darah dan membantu badan lebih sihat dan bertenaga.

Manfaat pengambilan Habbatusauda membantu penyakit berikut:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam.
  • Dermatologi, mengubati jerawat.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan hempedu.
  • Sistem sirkulasi.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Khasiat

1. Sistem imunisai
Berupaya meningkatkan sistem imunisasi (kekebalan tubuh melawan penyakit).
2. Nilai pemakanan
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.
3. Menggalakkan pengeluaran susu
Gabungan hormon dan lemak di dalam habbatus sauda membantu pengeluaran susu ibu. Habbatusauda boleh diambil oleh ibu-ibu dalam pantang.
4. Anti kanser
Ia berupaya menghalang pembetukan sel-sel kansser. Oleh itu ia bagus dijadikan amalan dan pencegahan awal kanser.
5. Anti-radang 
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

6. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatusauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.  Pesakit asma boleh mengambil secara berterusan untuk merawat alahan.
7. Anti-bakteria
Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ia bermaksud baik untuk merawat ciritbirit dan masalah perut yang lain.



Tuesday, September 18, 2012

Kemenyang Arab

Liban

Dioscorides berkata "Kemenyan yang terbaik adalah jenis yang jantan dan berbutir-butir, jika ia dicampur dengan jantung pohon pain Maroko. Getahnya tidak terbakar dan meskipun pain tersebut berasap, namun kemenyan itu sendiri terbakar tanpa mengeluarkan asap.

Kemenyan bersifat panas pada kedua, dan kering pada kelas pertama. Ia memiliki banyak kegunaan dan jarang menyebabkan mudarat. Ia dapat meredakan sakit perut, membuang angin, dan membuat jaringan baru dalam ulser dan bisul jika digunakan sebagai pes. Ia mengeringkan lendir jika dimakan dan mencerahkan penglihatan jika digunakan sebagai collyrium. Jika dikunyah thyme, ia dapat membantu mengubati penyakit gagap. Jika dimakan, ia dapat meningkatkan pemahaman. Wapnya bermanfaat ketika terjadi wabak kerana ia memaniskan udara dan menguatkan pertahanan tubuh. Jika dimakan bersama zaitun hitam dan biji pistachio, ia menjadi sarapan yang baik, meskipun ia mendatangkan rasa dahaga. Jika dimakan bersama sirap mawar, ia baik untuk semua jenis jangkitan air kencing.

Ada hadis tidak sahih daripada Anas yang mengatakan, 'Penuhilah rumahmu dengan asap kemenyan dan thyme." Hadis lain yang dikatakan datang daripada

Khasiat cuka kurma

Dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu hari bertanya kepada keluarganya apakah ada lauk? Keluarganya menjawab, Kita hanya memiliki cuka."

Lalu baginda meminda lauk itu, selanjutnya baginda mulai menyantap makanannya, sambil bersabda,
"Sebaik-baik lauk adalah cuka."

Cuka adalah cairan asid yang memiliki aroma menyengat, dan rasa pedas. Sejak zaman dahulu kala cuka sudah dikenali. Manusia mengenali cuka sebagai bahan yang dihasilkan dari proses fermentasi alami. Sejarah menyebutkan bahawa tabib Yunani yang bernama Apocrates-lah orang pertama yang  menjadikan cuka sebagai ubat bagi pesakit-pesakitnya.

Sunday, September 9, 2012

Panduan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin




Panduan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin

Penjagaan selepas kelahiran (postnatal) bermula selepas bersalin sehingga 42 hari. Kepentingan penjagaan postnatal adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
Dalam tempoh ini, penyusuan susu ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian.

Masalah-masalah kesihatan yang boleh berlaku pada ibu,
-Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan kematian ibu.
-Berlaku sawan yang boleh menyebabkan kerosakan organ-organ seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.
-‘Venous thromboembolism-penyumbatan pada salur pembuluh darah yang boleh mengakibatkan kematian.
-Meroyan
Masalah-masalah kesihatan yang boleh berlaku pada bayi
-Jaundis (penyakit kuning) yang teruk yang boleh menyebabkan kecacatan.
-Jangkitan kuman pada bahagian pusat
-Tersedak dan terjeluak yang boleh menyebabkan bayi lemas



Pemerhatian terhadap ibu dan bayi
Perhatian sekiranya ada berlaku pada ibu
-Pendarahan yang banyak dari faraj yang  boleh disebabkan rahim tidak mengecut balik, luka-luka bahagian pangkal rahim atau tertinggal uri.
-Sesak nafas.
-Tanda-tanda salur pembuluh darah tersumbat: bengkak & merah pada betis, sakit dada, susah bernafas,demam.
-Tanda-tanda kemungkinan berlaku sawan: sakit kepala, mata berpinar, pedih, sakit ulu hati dan muntah.

Perhatian sekiranya BAYI ada mengalami keadaan seperti berikut:
-Pendarahan pada tali pusat
-Kebiruan pada badan (bibir, lidah, kuku tangan dan kaki)
-Pernafasan tidak normal (sama ada cepat atau lambat)
-Tangisan yang lemah atau tiada menangis langsung
-Letih dan kelihatan tidak bermaya
-Hisapan yang lemah semasa menyusu
-Muntah-muntah selepas menyusu
-Kurang aktif

Ibu
-Kesihatan diri termasuk mandi, pakai pakaian bersih, tuala wanita perlu ditukar dengan kerap.
-Penjagaan pada luka di luar permulaan faraj atau kemaluan
-Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
-Rehat dan tidur yang cukup
-Senaman ringan semasa berpantang
-Pergerakan awal

Bayi
-Kebersihan bayi
-Penjagaan tali pusat sekurang-kurangnya sekali sehari atau bila perlu
-Perhatikan
-warna kulit bayi (kuning, pucat atau kebiruan.
-bayi yang aktif atau lemah
-Tanda-tanda jangkitan seperti demam atau kurang menyusu
-Tidak buang air kecil/besar
-Talli pusat sama ada mempunyai tanda kemerahan atauu berbbau atau bernanah
*Sekiranya terdapat keadaan seperti di atas, sila dapatkan rawatan di klinik kesihatan/hospital dengan segera.

Amalan-amalan yang tidak digalakkan selepsa bersalin
-Bersalai kerana kemungkinan boleh menyebabkan kekeringan air dalam badan
-Elakkan bertungku dan mengurut di bahagian perut dan di bahagian faraj yang mempunyai luka jahitan.
-Mengambil jamu dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepercayaan dan amalan salah tentang pemakanan semasa berpantang

Mitos 1: Tidak memakan sayuran dan buahan sebab sejuk, seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain
Fakta: Sebenarnya sayuran dan buahan member sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkkan sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka

Mitos 2: Minum air banyak boleh menyebabkan buncit perut
Fakta: Minum air yang cukup boleh mengelakkan sembelit dan membantu pengeluaran susu ibu.

Mitos 3: Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan berbisa, contohnya udang, kerang.
Fakta: Sebenarnya jika tidak ada alergi/alahan, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein.

Mitos 4: Memakan telur boleh menyebabkan luka bernanah.
Fakta: Nanah sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman. Pengambilan telur adalah sumber protein dan baik untuk pemulihan luka dalaman.

Mitos 5: Makan mee/laksa boleh menyebabkan sakit urat
Fakta: Sebenarnya makanan tersebut boleh menggantikan sumber karbohidrat contohnya nasi.


RM80, pakej sihat
Dari kiri jus delima, minyak zaitun dan cuka kurma
Klik, pautan di bawah untuk membeli:

Jus delima boleh diminum di sebelah petang, masukkan 1 sudu di dalam gelas yang berisi air suam dan minum seperti biasa.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk masakan sihat sebelum, semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Cuka kurma boleh mambantu menurunkan berat badan, boleh ditambah sedikit dalam masakan.

Sumber: www.infosihat.gov.my

Nabi suka makan daging, madu dan buahan



Rasulullah s.a.w suka makan daging, madu dan buahan.Jika Rasulullah s.a.w tidak menyukai suatu jenis makan, baginda tidak akan memakannya, namun tidak menunjukkan ketidaksenangan baginda terhadap makanan tersebut. Ini adalah satu kaedah sangat penting dalam usaha menjaga kesihatan.Sewaktu dihidnagkan seekor biawak padang pasir panggang kepada baginda, bgainda tidak memakannya. Ada orang bertany
a: Apakah makanan ini haram?" Baginda menjawab. "Tidak", akan tetapi makanan ini tidak ada dinegeriku, sehingga aku tidak gemar."
Baginda menyukai daging, daging paling disukai adalah bahagian lengan dan punggung kambing. Oleh kerana itu, baginda pernah diracuni keran memakan bahagian tubuh binatang itu.

Rasulullah juga menyukai makanan manis dan juga madu. Ketiga-tiga makanan iaitu daging, madu dan manisan adalah jenis makanan terbaik dan paling bermanfaat kepada tubuh, hati dan anggota badan.

Sumber: Buku mengubat cara Nabi,terbitan Al-Hidayah.
Baginda menyukai daging, daging paling disukai adalah bahagian lengan dan punggung kambing. Oleh kerana itu, baginda pernah diracuni keran memakan bahagian tubuh binatang itu.
Rasulullah juga menyukai makanan manis dan juga madu. Ketiga-tiga makanan iaitu daging, madu dan manisan adalah jenis makanan terbaik dan paling bermanfaat kepada tubuh, hati dan anggota badan.
Sumber: Buku mengubat cara Nabi,terbitan Al-Hidayah.


Baginda menyukai daging, daging paling disukai adalah bahagian lengan dan punggung kambing. Oleh kerana itu, baginda pernah diracuni keran memakan bahagian tubuh binatang itu.
Rasulullah juga menyukai makanan manis dan juga madu. Ketiga-tiga makanan iaitu daging, madu dan manisan adalah jenis makanan terbaik dan paling bermanfaat kepada tubuh, hati dan anggota badan.
Sumber: Buku mengubat cara Nabi,terbitan Al-Hidayah.


Baginda menyukai daging, daging paling disukai adalah bahagian lengan dan punggung kambing. Oleh kerana itu, baginda pernah diracuni keran memakan bahagian tubuh binatang itu.
Rasulullah juga menyukai makanan manis dan juga madu. Ketiga-tiga makanan iaitu daging, madu dan manisan adalah jenis makanan terbaik dan paling bermanfaat kepada tubuh, hati dan anggota badan.
Sumber: Buku mengubat cara Nabi,terbitan Al-Hidayah.


Baginda menyukai daging, daging paling disukai adalah bahagian lengan dan punggung kambing. Oleh kerana itu, baginda pernah diracuni keran memakan bahagian tubuh binatang itu.
Rasulullah juga menyukai makanan manis dan juga madu. Ketiga-tiga makanan iaitu daging, madu dan manisan adalah jenis makanan terbaik dan paling bermanfaat kepada tubuh, hati dan anggota badan.
Sumber: Buku mengubat cara Nabi,terbitan Al-Hidayah.


PakejBijak RM123 termasuk pos

RM123- Semenanjung skynet
RM143-Sabah, Sarawak skynet
Air Zam-zam
Jus Kismis As-syifa
Jus Delima

Kurma Badam
Kurma Gajus

Boleh digunakan seisi keluarga. Jika berada dalam keadan tergesa-gesa di pagi hari, pakej bijak ada jawapannya.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=360909097319117&set=a.360908900652470.85563.344503088959718&type=3&theater

Terapi kesihatan melalui air zam-zam


Air zam-zam adalah rezeki pertama yang diterima oleh Nabi Ibrahim a.s sebagai wujud dikabulkan doanya oleh Allah s.w.t Iaitu ketika Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya, Hajar dan Ismail, di sebuah lembah tandus tanpa berair dan tid
ak ada seorang pun manusia di sana. Ketika meninggalkan isteri dan anaknya, Nabi Ibrahum a.s memanjatkan doa.

Ertinya:
"Ya, Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka, berikanlah rezeki dari buah-buahn, mudah-mudahan mereka bersyukur. (Ibrahim:37)




Rasulullah s.a.w pernah menyebut air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan. Maksudahnya, air tersebut dapat memberikan rasa kenyang bagi yang meminumnya, sama seperti memakan makanan yang mengenyangkan. Sedangkan yang dimaksud dengan ub
at yang menyembuhkan adalah air zam-zam dapat menghilangkan rasa sakit dan menyembuhkan setiap penyakit.
Adapun yang dimaksud dengan air paling buruk atau seburuk-buruk air dalam hadis di atas adalah air yang sedikit keberkatannya, menimbulkan penyakit dan tidak mengenyangkan apabila minum.
Aisyah r.a pernah berkata, "Rasulullah s.a.w suka membawa air zam-zam dalm botol. Kemudian air tersebut digunakan untuk menyiram dan memberi minum orang-orang yang sakit." Sumber buku Keajaiban Air Zam-Zam, terbitan Ibu Katsir.















Friday, September 7, 2012

Menu sihat wanita berpantang





Teks: Masayu Ahmad

Wanita berpantang seringkali keliru apa makanan yang sesuai diambil ketika tempoh berpantang. Megekalkan diet seimbang adalah sangat perlu agar zat yang sepatutnya diambil untuk memulihkan tenaga. Jelas sekali wanita selalu dimomokan dengan mitos tidak ambil makanan seperti sayur nanti sejuk dan bentan (masuk angin).

Masih ada pilihan, kerana pada zaman dahulu, isteri Nabi Adam iaitu  Siti Hawa mengamalkan kurma dan susu kambing. Susu kambing untuk memberi khasiat tenaga dan penambah susu badan. Manakala kurma untuk melawaskan penghadaman.

Antara kaedah masakan yang sesuai untuk wanita berpantang ialah, merebus (sup), memangang dan stim. Elakkan makanan berminyak, bergoreng, berlemak dan bersantan. Pengambilan menu sihat begini bagus untuk memulihkan badan dan juga menurutkan berat.

Rujukan: Ensiklopedia Perbidanan Melayu