Sunday, September 9, 2012

Panduan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin




Panduan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin

Penjagaan selepas kelahiran (postnatal) bermula selepas bersalin sehingga 42 hari. Kepentingan penjagaan postnatal adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
Dalam tempoh ini, penyusuan susu ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian.

Masalah-masalah kesihatan yang boleh berlaku pada ibu,
-Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan kematian ibu.
-Berlaku sawan yang boleh menyebabkan kerosakan organ-organ seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.
-‘Venous thromboembolism-penyumbatan pada salur pembuluh darah yang boleh mengakibatkan kematian.
-Meroyan
Masalah-masalah kesihatan yang boleh berlaku pada bayi
-Jaundis (penyakit kuning) yang teruk yang boleh menyebabkan kecacatan.
-Jangkitan kuman pada bahagian pusat
-Tersedak dan terjeluak yang boleh menyebabkan bayi lemas



Pemerhatian terhadap ibu dan bayi
Perhatian sekiranya ada berlaku pada ibu
-Pendarahan yang banyak dari faraj yang  boleh disebabkan rahim tidak mengecut balik, luka-luka bahagian pangkal rahim atau tertinggal uri.
-Sesak nafas.
-Tanda-tanda salur pembuluh darah tersumbat: bengkak & merah pada betis, sakit dada, susah bernafas,demam.
-Tanda-tanda kemungkinan berlaku sawan: sakit kepala, mata berpinar, pedih, sakit ulu hati dan muntah.

Perhatian sekiranya BAYI ada mengalami keadaan seperti berikut:
-Pendarahan pada tali pusat
-Kebiruan pada badan (bibir, lidah, kuku tangan dan kaki)
-Pernafasan tidak normal (sama ada cepat atau lambat)
-Tangisan yang lemah atau tiada menangis langsung
-Letih dan kelihatan tidak bermaya
-Hisapan yang lemah semasa menyusu
-Muntah-muntah selepas menyusu
-Kurang aktif

Ibu
-Kesihatan diri termasuk mandi, pakai pakaian bersih, tuala wanita perlu ditukar dengan kerap.
-Penjagaan pada luka di luar permulaan faraj atau kemaluan
-Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
-Rehat dan tidur yang cukup
-Senaman ringan semasa berpantang
-Pergerakan awal

Bayi
-Kebersihan bayi
-Penjagaan tali pusat sekurang-kurangnya sekali sehari atau bila perlu
-Perhatikan
-warna kulit bayi (kuning, pucat atau kebiruan.
-bayi yang aktif atau lemah
-Tanda-tanda jangkitan seperti demam atau kurang menyusu
-Tidak buang air kecil/besar
-Talli pusat sama ada mempunyai tanda kemerahan atauu berbbau atau bernanah
*Sekiranya terdapat keadaan seperti di atas, sila dapatkan rawatan di klinik kesihatan/hospital dengan segera.

Amalan-amalan yang tidak digalakkan selepsa bersalin
-Bersalai kerana kemungkinan boleh menyebabkan kekeringan air dalam badan
-Elakkan bertungku dan mengurut di bahagian perut dan di bahagian faraj yang mempunyai luka jahitan.
-Mengambil jamu dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepercayaan dan amalan salah tentang pemakanan semasa berpantang

Mitos 1: Tidak memakan sayuran dan buahan sebab sejuk, seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain
Fakta: Sebenarnya sayuran dan buahan member sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkkan sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka

Mitos 2: Minum air banyak boleh menyebabkan buncit perut
Fakta: Minum air yang cukup boleh mengelakkan sembelit dan membantu pengeluaran susu ibu.

Mitos 3: Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan berbisa, contohnya udang, kerang.
Fakta: Sebenarnya jika tidak ada alergi/alahan, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein.

Mitos 4: Memakan telur boleh menyebabkan luka bernanah.
Fakta: Nanah sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman. Pengambilan telur adalah sumber protein dan baik untuk pemulihan luka dalaman.

Mitos 5: Makan mee/laksa boleh menyebabkan sakit urat
Fakta: Sebenarnya makanan tersebut boleh menggantikan sumber karbohidrat contohnya nasi.


RM80, pakej sihat
Dari kiri jus delima, minyak zaitun dan cuka kurma
Klik, pautan di bawah untuk membeli:

Jus delima boleh diminum di sebelah petang, masukkan 1 sudu di dalam gelas yang berisi air suam dan minum seperti biasa.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk masakan sihat sebelum, semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Cuka kurma boleh mambantu menurunkan berat badan, boleh ditambah sedikit dalam masakan.

Sumber: www.infosihat.gov.my

No comments: