Friday, May 15, 2009

Gaya hidup sihat pilihan anda



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://wegohealth.ning.com

Situasi 1

Ketika anda melangkah, meninjau-ninjau dan menjamu mata di kompleks membeli belah, sudah tentunya banyak kelihatan agen-agen pemasaran yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan.

Seorang agen produk mendekati anda, memberikan anda sekeping risalah produk untuk menurunkan berat badan. Dalam hati terdetik, gemuk sangatkah aku. Sudah gemuk agaknya, kalau tidak takkanlah agen tersebut beriya-iya mahu menerangkan produk menurunkan berat badan.

Situasi 2

Aisyah sungguh teruja setiap kali membeli belah untuk membeli pakaian baru. Apa yang pasti koleksi akan bertambah dan mampu bergaya untuk ke pejabat. Memandangkan hari ini masih dalam minggu jualan murah di kompleks membeli belah, Aisyah tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah koleksi pakaian baru.

Setelah tiba di lokasi pilihan, Aisyah terus meluru pada bahagian pakaian wanita. Matanya bersinar-sinar. Dia memilih dan terus memilih. Mencapai mana-mana blouse, pakaian kasual yang berkenan.

Masuk ke bilik persalinan perasaan teruja sudah bertukar menjadi kecewa. Ada baju yang muat-muat sudah menampakkan bentuk tubuhnya yang semakin temban. Lemak tersembul di sana sini nampak begitu kelihatan dan dia tidak nampak menarik apabila berdiri dan berposing di depan cermin.

Aisyah mula memikirkan kenaikan badannya sudah menjadi nyata dan dan melebihi had sepatutnya. Mungkin juga kerana selepas dia meninggalkan senaman dan selalu mengambil makanan segera sejak kebelakangan ini.

Aisyah meletak kembali semua pakaian yang diambil. Dia terus melangkah ke bahagian pakaian sukan. Mahu kembali aktiviti menyihatkan dan menurunkan semula berat badannya kembali kepada berat ideal.

Situasi 3

Azman seorang berpenampilan menarik dan menitikberatkan kesihatan dan pemakanan. Ketika sebelum berkahwin dialah jejaka segak yang menjadi pujaan wanita. Namun itu semua hanya tinggal memori indah yang selalu terbayang di fikiran.

Sejak berkahwin tiga tahun lepas, beratnya semakin bertambah. Malah perutnya semakin maju ke depan. Istilah jejaka segak dan bergaya sudah lama lupus. Mempunyai isteri yang pandai memasak dan bijak melayan keinginannya, membuatkan Azman gembira dengan kehidupan yang dimiliki. Namun kenaikan berat badannya yang semakin kronik menyebabkan Azman mula memikirkan mahu kembali menjaga kesihatan seperti rutin sebelum berkahwin

Tiga situasi di atas mungkin juga pernah dialami anda. Namun sejauhmana sebab dan penyebab anda boleh merungkai melalui tip berikut.

Baca selanjutnya di www.masayu-ahmad.com

No comments: