Saturday, March 12, 2011

Azam kesihatan tahun baru

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Sudah lama tidak meninggalkan sebarang entri di sini. Sekarang sudah memasuki bulan Mac 2011. Apa azam kesihatan kalian. Mari kita senaraikan semula.

Jaga pemakanan seimbang

Amat penting untuk mengekalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Juga mengenalpasti keperluan kalori mengikut usia. Meningkatkan pengambilsan serat atau fiber. Pemakan seimbang adalah mengambil semua jenis makanan dalam jumlah yang betul berdasarkan piramid makanan.


Latihan mengeluarkan peluh

Lelaki atau wanita, remaja atau dewasa, mengeluarkan peluh adalah salah satu cara mengeluarkan toksin dari dalam badan. Ia juga membantu melancarkan aliran darah. Membuat latihan bukan sekadar dapat meningkat merecaj semula tenaga, malah dapat mengekalkan berat badan ideal, mampu untuk memberi kekuatan dalaman dan luaran. Badan cergas, otak cerdas.


Jauhi stres

Tekanan ada di mana-mana jika tidak bijak menanganinya. Dewasa, lelaki, wanita atau sesiapa sahaja jika mengalami tekanan berlebihan berupaya memberi kesan kepada mental dan fizikal. Kesan kepada mental boleh menyebabkan kemurungan jika tekanan dalam keadaan berlebihan, juga hilang daya fokus dan kemampuan berfikir secara rasional. Begitu juga terhadap fizikal, badan boleh lemah, letih lesu, malas, kurang keyakinan dan sebagainya.


Rawatan alternatif

Gaya hidup moden memberi pilihan kepada kita untuk memilih pelbagai kaedah rawat dan rehat seperti mendapatkan rawatan kesihatan di spa atau salun. Begitu juga urutan aromaterapi, sauna, refleksologi, bekam adalah antara pilihan untuk memulihkan semula tubuh badan yang lemah dan letih.

No comments: