Alhamdulillah hari ini, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara segar pagi hari. Syukur, kepadaNYA kerana masih lagi mampu meneruskan kudrat untuk berlegar meraih rezeki dan bersama keluarga tersayang.
Pagi yang menyegarkan, kabus masih lagi berlopak-lopak di balik pokok-pokok rimbun. Kebetulan kedudukan rumah saya berdepan dengan matahari naik. Terjahan sinarannya, mampu membangkitkan suasana pagi yang cukup harmoni.
Seusai menyediakan keperluan keluarga, sebagaimana biasa menyediakan sarapan dan perlu menyenaraikan beberapa keperluan untuk minggu ini. Tugasan di rumah perlu diselesaikan sebelum membuat perkara-perkara lain. Itu perlu diutamakan. Kepada yang sudi menjengah ke blog ini salam singgah, salam ziarah dan salam ukhwah. Moga-moga setiap apa yang dititipkan di sini dapat dikongsi untuk kebaikan.
6 comments:
Assalamualaikum sdr Masayu,
Terima kasih atas lawatan ke blog buku saya. Datanglah lagi ya!
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com
Terima Kasih kembali pada Tuan Web, baru berjinak-jinak dalam dunia blog.
ayu....link hang x blh baca ler....terapi air sumer tuh....
Rasanya sudah ok. Terima kasih Vogue.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Cik Puan Masayu,
Saya suka blog ini. Banyak tip yang berguna. InsyaAllah, pasti akan menjengok ke sini lagi. Tahniah!
Terima kasih Puan NZ, kerana sudi menjengah ke sini. Sudi-sudikanlah menyinggah lagi.
Post a Comment