Wednesday, July 1, 2009

Usahawan kecantikan peluang untuk diceburi



Lokasi : Beauty4U Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan, Seksyen 9 Shah Alam.

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Zaidah Sikun


Beauty4U, Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan di Shah Alam menawarkan bimbingan kerjaya sambilan dan sepenuh masa. Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudah mempunyai pengalaman dan juga tidak. Usahawan kecantikan, juru solek, agen produk kecantikan, salun di ruman, salun bergerak dan stokis produk.

Kursus-kursus kecantikan dikelolakan oleh jurulatih bertauliah dari Mara yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dengan pengalaman lebih 20 tahun sebagai jurulatih dalam bidang kecantikan

Peserta-peserta turut diberi pendedahan ilmu, pengetahuan kecantikan, kesihatan dalaman, penampilan diri dan peluang menjadi perintis kaedah terkini ‘Beauty-Web’ untuk menambah pendapatan melalui produk kecantikan dan kesihatan berkualiti, selamat dan halal.

Latihan dan Bimbingan usahawan kecantikan disediakan kepadasetiap peserta kursus secara berterusan. Menurut pengasas dan pemilik Beauty4U, Hafizah Abdul Latiff, antara latihan dan bimbingan yang diberikan adalah seperti berikut:

Kursus & Bengkel Kecantikan -Solekan, rawatan muka, urutan, resdung, Spa, andaman dan penggayaan tudung

Kursus & Bengkel Usahawan - Melatih usahawan baru, pengendalian aslun, kaedah urusniaga dan komunikasi

Pengurusan Acara- Taklimat, seminar, demo kecantikan dan kesihatan

Perkhidmatan Spa & Solekan- Rawatan muka, badan, lulur, sauna, urutan tradisional, solekan dan andaman

Pendaftaran Agen & Stokis Baru- Melantik, membimbing agen baru, produk kecantikan, kesihatan dan tudung

Bersambung.

4 comments:

MaMa IyTa said...

salam,
Saya bertanya bg pihak kakak saya.....mcm mana cara nak memulakan perniagaan dlm bidang kecantikan...?
Umur dah 40 lebih..ada ke peluang menyertai kursus2 yg berkaitan dan
dimana blh join kursus2 yg berkaitan dgn andaman dan kecantikan?
tq

Masayu Ahmad said...

Mama lyTa

nanti saya akan sertakan alamat no pihak yg mengendalikan kursus tersebut

MaMa IyTa said...

salam,
thnx atas respon yg diberi...
Blh ke emelkan info yg dinyatakan nnt ke anita_ghani@yahoo.com

tq again.

Masayu Ahmad said...

MamalyTa

Boleh hubungi

Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan Beauty4u:

012-3900454