Tuesday, August 2, 2011

Makanan pelengkap bermula 6 bulan

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Selepas dilahirkan bayi mendapatkan zat dan nutrien sepenuhnya melalui susu ibu. Menyusu selama 6 bulan pertama secara ekslusif sangat digalakkan dalam proses penerimaan bayi untuk membesar, mendapat zat, imunisasi yang lebih baik juga merapatkan hubungan kasih sayang ibu dan anak.

Fasa pertama adalah penyusuan susu ibu selama 6 bulan. Fasa seterusnya ialah bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap. Apa itu makanan pelengkap? Makanan pelengkap adalah makanan atau sumber zat lain yang diperolehi daripada kumpulan makanan piramid Malaysia. Ia adalah makanan tambahan selain bayi masih diteruskan penyusuan ekslusif sehingga 2 tahun.

Faktor pemberian makanan pelengkap
  • Susu sahaja tidak mencukupi untuk membantu proses pembesaran bayi.
  • Makanan pepejal diperkenalkan dengan memberi rasa kepada makanan, tekstur, kepekatan, nutrisi untuk pembesaran dan perkembangan bayi.
  • Risiko lewat memberi makanan pepejal melebihi 6 bulan boleh menyebabkan gangguan pertumbuhan dan anemia.


Perkembangan bayi

Usia 6 bulan dikatakan sesuai untuk memberi makanan pepejal, ini kerana otot mulut bayi dan urat saraf suda bersedia untuk menggigit makanan dan mengunyah.

Pada tahap ini juga, sistem penghadaman bayi sudah matang dan bersedia untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Susu ibu masih diteruskan untuk  menampung keperluan pemakanan bayi. Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.



Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.

Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.

Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral

No comments: