Sunday, November 23, 2008

Bonda Tersayang Kembali Ke Rahmatullah

Al-Fatihah.Jam 3.00 pagi bersamaan 12/11/2008 bonda kesayangan menghembuskan nafas terakhir. Hanya iringan doa dan ayat-ayat suci buat pengubat rindu untuk bonda tersayang.

Terasa masa begitu singkat, rupanya syawal lalu, adalah yang terakhir kami sekeluarga beraya bersama arwah. Moga-moga arwah aman bersemadi di sana. Rasanya belum puas lagi memberi khidmat bakti kepada arwah.

Tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat bermanja, tempat mencurah segala masalah.Saya akan rindukan pelukan dan kasih sayang arwah. Saya masih terkenangkan arwah apatah lagi apabila melihat setiap sudut rumah dan tempat arwah berehat. Saya redha atas pemergiannya. Moga-moga roh arwah dicucuri rahmat.

Al-Fatihah

6 comments:

NORLELA ZUBIR said...

Salam takziah, semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

Masayu Ahmad said...

Terima kasih Puan Lela.

kakchik said...

Salam takziah ya masayu. Baru hari ni berkesempatan untuk singgah di sini. Semoga Allah menempatkan ruh bonda masayu bersama ruh orang-orang yang beriman kepada-Nya.

Masayu Ahmad said...

Terim kasih Kak Chik.

manlaksam said...

Salam ziarah dari Pak Man,
Takziah dari kami sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aminn.

Masayu Ahmad said...

Terima Pak Man.