Saturday, February 27, 2010

Pengalaman Berpantang Selepas Melahirkan Fahry

Peserta ke-2, kategori B- Mommy Lyna


Fahry adalah anak saya yang kedua. Pengalaman berpantang selepas melahirkannya adalah amat unik. Kerana apa? Kerana bayi saya adalah anak istimewa dan tidak cukup bulan pula. Tambahan pula ketika itu saya berjauhan dari keluarga, nun jauh di Sarawak. Jika orang lain berpantang di rumah ibu/mentua, dengan sepenuh perhatian, meraih pengalaman menyusukan dan menjaga bayi yang baru lahir... tapi tidak saya.

Sepanjang masa berpantang, anak saya tidak berada di sini saya. Fahry ditempatkan di dalam inkubator kerana berat badannya yang sangat ringan, hanya 1.2kg semasa dilahirkan. Jadi saya terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari untuk menjenguknya dan memberikan susu kepadanya. Saya juga pernah tinggal di hospital untuk menjaga dia (untuk bayi pramatang, ibu digalakkan room-in atau tinggal bersama).



Jadinya, pantang seperti orang lain tu saya tak lalui. Namun, saya tetap pergi berurut dan menjaga pemakanan. Cuma saya tidak ada mandi daun kayu seperti yang saya alami semasa berpantang anak pertama dulu.

Untuk memudahkan saya, suami telah membelikan Gamogen, pati ikan haruan dan bengkung moden, supaya saya mudah untuk bergerak. Saya juga mengambil vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan saya. Maklum saja, saya masih menyusukan anak sulung saya yang baru berusia 14 bulan ketika itu. Jadi setiap hari rutin saya ialah menguruskan si abang, mengepam susu buat si adik dan ke hospital untuk memberinya susu melalui tiub. Memang mencabar pada mulanya, kerana saya masih takut2, namun bila dah biasa, saya rasa lebih mudah memberinya minum melalui tiub berbanding dengan menggunakan cawan (setelah keluar inkubator) kerana bayi saya tidak suka kepada susu perahan :)

Saya meneruskan hidup seperti biasa, kadangkala memandu untuk menjenguk Fahry di hospital. Namun saya amat berterima kasih kepada suami yang tak putus2 memberi sokongan kepada saya. Setiap hari kami mendoakan keselamatan Fahry, walaupun dirinya tak sempurna anggota (cacatler) tapi bagi saya dialah permata hati kami. Fahry telah memberi kami kegembiraan dan keberkatan.
Akhirnya tempoh berpantang saya habis (walaupun bukan menjalani pantang yang ketat), dan Fahry dibenarnkan pulang sebaik saja saya habis pantang. Maka kami melalui fasa bersama, setelah lebih sebulan berjauhan. Masa itulah pertama kali saya memandikannya, memeluknya ketika tidur, bermain-main dengannya.

3 comments:

Anonymous said...

salam,
alhamdulillah akak mampu melalui fasa getir begitu.
saya pula sama macam cerita akak. kelahiran anak pertama sempurna pantangnya, kelahiran anak ke-2 saya berpantang seorang diri tanpa suami. sepanjang urusan berpantang saya memohon belas ihsan adik angkat untuk mencari jamu dan set bersalin. saya tinggal dengan anak pertama saya dan bayi di rumah. apa-apa hal saya akan sms dengan adik angkat untuk memohon pertolongannya.
alhamdulillah sekarang saya sudah biasa dengan anak-anak. walaupun sedikit pening dengan anak sulung saya yang cemburu sangat dengan adiknya, pantang sedikit perhatian kepada si adik, si sulung akan merengek...

Sharifah Aminah said...

Tabahkan hati kerana itu ujian Allah.

Masayu Ahmad said...

Anon dan puan Sharifah

terima kasih meninggalkan jejak, sebetulnya Mommy Lyna seorang wanita yang hebat, Fahry bukan sekadar ujian tetapi anugerah yang tidak ternilai.