Tuesday, October 2, 2012

Cara Makan Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w biasa makan dengan menggunakan tiga jari. Itu cara terbaik dalam kaedah makan. Makan dengan menggunakan dua jari atau satu jari amatlah tidak selesa bagi orang yang makan, tidak menyenagkan dan hanya boleh kenyang dalam 
waktu lama.

Karaktor gabungan makanan.
Setiap orang yang memerhatikan makanan dans egala sesuatu yang dimakan oleh Rasulullah s.a.w setiap hari, pasti akan mendapati bahawa baginda tidak pernah menggabungkan antara susu dengan ikan, antara susu dengan susu masam (yoghurt) atau antara dua jenis makanan yang sama-sama panas, sama-sama sejuk, sama-sama melekat, sama-sama kental atau sama-sama cair. Baginda juga tidak pernah mencampur adukkan dua jenis makanan yang tidak mungkin dicampur atau unsur makanan yang berunsur saling berlawanan.

Baginda tidak mahu makan makanan yang ketika masih panas, atau makanan lama yang dihangatkan keesokan harinya, atau makanan yang berbau hamis dan terlalu masin, seperti makanan yang diawetkan, acar, ikan atau daging masin. Ini kerana semua jenis makanan tersebut memang berbahaya dan dapat menganggu kesihatan dan keadaan tubuh yang stabil.
Baginda kadang-kadang menyempurnakan zat sebahagian makanan dengan makanan lain, selagi boleh melakukannya. Baginda menyempurnakan makanan yang panas dengan unsur sejuk, yang kering dengan yang berunsur lembab. Contohnya sewaktu baginda makan timun dengan kurma atau kurma dengan minyak sapi. Baginda juga biasa meminum jus kurma untuk meneutral makanan-makanan tajam.
Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi terbitan al-hidayah




Kurma badam, kurma gajus, kurma wallnut
beli di sini






No comments: