Saturday, October 6, 2012

Tidur- kembalikan tenaga, pulihkan stress


Tidur adalah fitrah manusia

Ramai yang sanggup tidak tidur hanya kerana banyak kerja. Banyak pula tidur cukup tidur dan jadual  masa tidur yang berlainan setiap hari. Tidur berupaya mengurangkan stres dan memberikan tenaga yang cukup untuk tubuh. Lima tidur yang menenangkan dan mengembalikan tenaga.

Cara tidur Nabi adalah tidur terbaik dan paling bermanfaat bagi tubuh, seluruh organ badan dan stamina. Baginda tidur awal malam dan bangun pertengahan malam.

Baginda bangun wuduk dan dan bersiwak (berus gigi), lalu berwuduk dan solat hin
gga waktu yang diizinkan Allah s.w.t. Tubuh mengikut organ-organ dan tenaga tubuh mendapatkan hak yang patut untuk tidur dan berehat, namun cukup berolahraga, di samping mendapat pahala. Itu adalah cara terbaik bagi hati dan tubuh manusia di dunia dan akhirat.

Baginda tidka pernah tidur melebihi keperluan, namun tidak menahan diri untuk tdur sekadar yang diperlukan. Baginda melakukannya dengan cara terbaik, tiudr saat diperlukan dengan mengiringkan tubuh ke kanan, sambil berzikir kepada Allah s.w.t, hingga matanya terasa berat tidak dalam keadaan kekenyangan kerana makan dan minum dan tidak bersentuhan dengan tanah dan tidak berbaring di atas tilam terlalu tebal.

Baginda memiliki alas tidur kulit berisi sabut. Baginda juga meletakkan kepalanya di atas bantal. Kadang-kadang bagin dameletakkan tangannya di bawah pipi.

Sumber: Mengubat Cara Nabi, buku terbitan Al-Hidayah.

No comments: