Sunday, May 11, 2008

Syukuri nikmat Tuhan

pisang goreng

Terkedu dan terkesima buat seketika apabila membaca laporan taufan Nargis yang melanda negara Myanmar minggu lalu menyebabkan lebih 22,500 mangsa korban manakala lebih 41,000 lagi hilang.
Apa tidaknya dalam keadaan rakyat Malaysia hidup dengan aman sejahtera, bermewah-mewah dengan makanan, kita hanya menerima tempias masalah kekurangan beras sahaja. Tetapi itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada mereka yang asyik dengan dunia sendiri. Kemewahan yang dinikmati sepatutnya diselit rasa syukur kepadaNya.
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk membuat satu bancian kemiskinan di kawasan bandar. Hati dipagut secebis kasihan melihatkan masih ada anak-anak kecil di bumi bertuah ini yang masih tidak dapat menikmati kenikmatan hidup.
Sewaktu tiba di kediaman mereka, saya melihat ibu anak-anak comel ini menghidangkan mee maggi sebagai hidangan sarapan pagi. Mereka tekun menikmati hidangan tersebut tanpa soal. Mungkin bagi si ibu hidangan yang tidak seberapa itu adalah menu terbaik untuk mengalas perut pada pagi itu. Berkhasiat atau tidak itu bukan soalnya. Tiada pilihan dan pilihan yang terbaik adalah mee maggi. Terkedu saya seketika. Lantaran membandingkan anak-anak sendiri yang setiap kali tiba waktu makan sudah ada menu sihat yang akan disediakan setiap hari. Mungkin bukan saya sendiri, bagi ibu-ibu di luar sana yang mementingkan kesihatan dan kecerdasan anak-anak, penyediaan makanan berkhasiat sangat dititikberatkan. Mungkin tidak sukar bagi mereka yang mampu. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang tidak berkemampuan?

1 comment:

The Story Teller said...

Salam

Baru terbaca entry ini. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana di lahirakan di Malaysia.

Memang indah, permai, aman damai negara kita.

Semasa ribut Nargis melanda Myanmar, saya berada di sana (Yangon) dan terbabit sekali bersama dengan isteri yang memang orang Myanmar.

Sunguh menakutkan dan mengerikan. Bayangkan appartment setinggi 13 tingkat bergegar seperti hendak runtuh, tingkap dan sliding door semuaya pecah kerana unit kami menghadap ke laut.

Kami semua berkumpul di basement parking dan tidak dpat tidor sepanjang malam. Mengar bunyi ribut memang gerun, khabarnya kelajuan angin ketika itu adalah 200 - 250km sejam. Cuma dpat berdoa kepada Allah agar tidak terjadi apa apa yang buruk kepada kami.

Bila ribut reda, kami keluar ke jalanan, pokok pokok di sekeliling appartment habis hilang semuanya. Banyak rumah hilang dan yang mana kuat cuma bumbung sahaja yang terbang.

pokok pokok besar tumbang, kereta terbalik, bas terbalik...umpama selepas perang. Ada juga kelihatan mayat orang dewasa dan kanak kanak yang maut akibat di terbangkan oleh ribut Nargis tersebut. Subhanallah..

DI appartment kami, sofa, tv, tv cabinet, rak buku dan lain lain, semuanya berkeadaan seperti di himpun ke dinding.

Keluarga di Malaysia sudah risaukan kami kerana talian talipon semuanya putus dan tiada Roaming service di Yangon

Syukurlah, kami selamat dna keluarga mertua saya di Yangon semuanya selamat.

Mereka yang maut adalah terdiri daripada rakyat miskin yang tidak bersedia menghadapi ribut atau tidak sempat menyelamatkan diri. Rmah mereka pula di bina dari papan ataupun buluh. Sungguh menyedihkan bila melihat mayat kanak kanak bergelimpangan di sana sini.

Semuanya memberi kesedaran kepada kami suami isteri tentang kebesaran Allah dan betapa indahnya bumi Malaysia yang sentiasa dilindungi.

Sekian